1 Februari 2021
UCYP telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universitas Muslim Indonesia (UMI) yang diadakan menerusi platform Zoom.

Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) ini merupakan satu lagi inisiatif UCYP bagi memantapkan lagi jaringan kerjasama terutama dengan negara serumpun seperti Indonesia. Ia sekali gus mampu mengukuhkan lagi hubungan dua hala serta meningkatkan keberadaan UCYP sebagai sebuah hub pendidikan di Asia Tenggara.

Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin turut menyambut baik kerjasama dan berharap agar kolaborasi yang dilakukan oleh UCYP-UMI dapat memberikan kebaikan dan seterusnya meninggalkan impak khusus kepada pendidikan, penyelidikan, serta akitiviti ilmiah seperti persidangan dan penerbitan kedua-dua institusi.

“Saya berharap kerjasama yang dilaksanakan dalam sektor pendidikan dapat diteruskan dan diperkukuhkan dengan ciri-ciri inovatif, adaptif dan holistik, “ katanya dalam ucapan beliau ketika mengikuti acara tersebut secara atas talian. Majlis ini turut dihadiri oleh Bapak Gubernur Sulawesi Selatan, Prof. Dr. Ir. H. M Nurdin Abdullah serta hampir 200 orang tetamu dan peserta yang mengikuti majlis melalui platform ZOOM.

Dalam majlis tersebut, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin turut mengucapkan tahniah atas ulang tahun Universitas Muslim Indonesia (UMI) yang ke-67 dan pelancaran 3rd International Conference on Halal, Policy, Culture And Sustainability Issues.

[vc_single_image image=”13452″ img_size=”full”]

Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin dan Profesor Dr. H. Basri Modding, Rektor Universitas Muslim Indonesia (UMI) bergambar bersama ketika sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

[vc_single_image image=”13455″ img_size=”full”]

Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin dan Profesor Dr. H. Basri Modding, Rektor Universitas Muslim Indonesia (UMI) bergambar bersama ketika sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

[vc_single_image image=”13458″ img_size=”full”]

Ucapan oleh Bapak Gubernur Sulawesi Selatan, Prof. Dr. Ir. H. M Nurdin Abdullah ketika merasmikan program berkenaan.

[vc_single_image image=”13461″ img_size=”full”]