4 Mei 2021
This is Pahang – Pernilaian bagi Pertandingan Fotografi dan Lukisan telah berjaya diadakan pada 3 dan 4 Mei 2021 di dua lokasi iaitu, UCYP Aqua Crystal Hall, Tanjung Lumpur Kuantan dan Pejabat Majlis Pemulihan Malaysia (MCR), Petaling Jaya.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, dengan kerjasama UCYP, Tourism Pahang dan Majlis Pemulihan Malaysia. Sebanyak 46 karya seni diterima bagi pertandingan lukisan manakala 371 untuk hasil fotografi yang merangkumi kedua-dua kategori. Bersesuaian dengan situasi pandemik semasa, penilaian fotografi telah dijalankan melalui platform Zoom dan tiga (3) ahli panel terlibat manakala penilaian lukisan dilakukan secara fizikal dengan penilaian dilakukan oleh lima (5) orang panel. Para panel yang dilantik adalah individu yang tidak asing di bidang masing-masing sama ada sebagai artis bebas profesional, usahawan seni atau ahli akademik profesional.
Karya seni lukisan juga dipamerkan dan terbuka untuk umum. Terima kasih kepada Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang yang telah banyak membantu dalam menjayakan pameran dua hari itu.
Sementara itu, dalam ucapan aluan Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad bin Hj. Zainuddin, beliau menyampaikan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang terutamanya kepada YB Dato’ Sri Mohd Sharkar bin Hj. Shamsudin kerana memilih UCYP sebagai rakan strategik bagi Pelancaran Tema Pelancongan negeri Pahang pada 8 April lalu serta aktiviti bersempena lain seperti Simposium Pelancongan Antarabangsa Pahang dan Pertandingan Fotografi dan Lukisan This is Pahang.
“Peraduan Fotografi dan Lukisan yang dianjurkan menyokong bakat kreatif yang ditunjukkan oleh para peserta daripada pelbagai negeri di Malaysia. Agenda ini adalah penting untuk pertumbuhan positif seni di negara kita.”
Pertandingan serta pameran ini dilihat sebagai usaha bagi mempromosikan lokasi yang cantik dan menarik di Pahang yang terkenal dengan keaslian alam semula jadi dan warisannya. inisiatif ini juga berperanan sebagai langkah sokongan terhadap perkembangan industri pelancongan negeri Pahang di samping meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap sektor pelancongan domestik negara.
penulis oleh Nur Sharmila biti Mohd Salleh
Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Fotografi dan Lukisan This is Pahang dan syabas kepada sembilan belas (19) pemenang. Senarai pemenang adalah seperti berikut: Senarai pemenang adalah seperti di bawah:
Pertandingan Lukisan (Kategori Terbuka)
No. | Nama | No Kad Pengenalan | Pencapaian |
1. | Nurul Iman Binti Abu Bakar | 011017-14-0450 | Pertama |
2. | Ali Elahi B Mohd Mokhtar | 870418-11-5067 | Kedua |
3. | Husna Hazwani Binti Ruzman | 021129-06-0534 | Ketiga |
4. | Wan Nurul Ezzati Bt Wan Yahaya | 940702-06-5256 | Saguhati |
5. | Syed Zukheer Bin Syed Othman | 991204-02-5497 | Saguhati |
6. | Nazli Bin Hamzah | 571025-11-5285 | Saguhati |
7. | Munif Bin Muhamad Nor | 680827-06-5411 | Saguhati |
Pertandingan Lukisan (Kategori OKU)
No. | Nama | No Kad Pengenalan | Pencapaian |
1. | Wan Jamila Binti Wan Shaiful Bahri | 020613-10-1022 | Pertama |
2. | Haslita Hashim | 730618-02-5838 | Kedua |
3. | Lim Anuar
|
690521- 10- 5723 | Ketiga |
4. | Nur Amiratul Farahin Binti Ab. Rahman | 970218-01-5326 | Saguhati |
5. | Masrini Binti Bakhari | 811019-08-5112 | Saguhati |
Pertandingan Fotografi (Kategori Terbuka)
No. | Nama | No Kad Pengenalan | Pencapaian |
1. | Redzuan Bin Bohari | 740210-14-5691 | Pertama |
2. | Lai Jun Yit | 960206-06-5255 | Kedua |
3. | Mohd Nazri Bin Sulaiman | 740310-01-5165 | Ketiga |
4. | Ariz Hazraei Bin Amir Husaini | 010405-14-1143 | Saguhati |
5. | Zainal Omar Faryd Bin Zainul Abidin | 810910-01-6445 | Saguhati |
6. | Bazaai B Ahmad | 610712-08-6331 | Saguhati |
Pertandingan Fotografi (Kategori OKU)
No. | Nama | No Kad Pengenalan | Pencapaian |
1. | Haymasuthan A/L Periasamy | 811021-06-5663 | Ketiga |
Para juri yang terlibat dalam pertandingan ini:
No. | Juri | Nama |
1 | Pertandingan Fotografi | Ahmad Al-Farooq Bin Ezanee |
2 | Hairul Azizi Bin Harun | |
3 | Mohd Haidar Bin Abu Bakar | |
4 | Pertandingan Lukisan | Mohamad Ismadi Sallehudin |
5 | Syazilawati Mohamed Hazri | |
6 | Ifhamuddin Mohamed, | |
7 | Baktiar Naim Jaafar | |
8 | Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn. |
Taklimat Pertandingan Fotografi bersama Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Bin Hj. Zainuddin, Naib Canselor UCYP dan para panel Fotografi menerusi aplikasi ZOOM
Perbincangan antara panel untuk pemilihan pemenang bagi pertandingan Fotografi.
Mohamad Ismadi Sallehudin (di tengah) memberi pandangan berkenaan karya salah seorang peserta yang mengikuti Pertandingan Lukisan bersama panel lain.
Panel membincangkan penilaian yang dibuat ke atas karya yang dipamerkan bagi menentukan pemenang.
Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn sedang menilai karya-karya seni untuk kategori OKU.