UCYP telah menjadi tuan rumah kepada International Conference On Innovative Technology and Social Science (IC.ITSS) dan The 6thInternational Conference on Language and Education (ICLE) yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 12 dan 13 November 2020 secara atas talian.
Penganjuran program ini telah melibatkan kerjasama antara UCYP dan tujuh (7) institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara antaranya adalah Universiti Sultan Zainal Abidin (Malaysia), Universiti Teknologi Brunei (Brunei Darussalam), Universitas Sumatera Utara (Indonesia), Universitas Negeri Medan (Indonesia), Universitas Bengkulu (Indonesia), Universitas Teuku Umar (Indonesia), dan Universiti Phetchaburi Rajabhat (Thailand).
Menurut Pengerusi program itu, Asst. Prof Dr. Tan Li Pin, 21st Pemilihan tema Teknologi dan Sains Sosial Abad ke-21 serta Halangan dan Peluang dalam Era Norma Baharu telah disertai oleh 98 orang pembentang dan lebih kurang 250 peserta yang terdiri dari sebelas (11) negara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, Singapore, Canada, Arab Saudi, India, Mesir, Filipina dan Jepun telah menyertai persidangan yang berlangsung selama dua (2) hari ini.
Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin dalam ucapan aluan beliau berkata suasana pendemik Covid-19 bukan penghalang kepada dunia untuk bersatu membantu menjana dan berkongsi idea. Beliau yakin bahawa hasil penyelidikan dan pembentangan daripada dua (2) konferens tersebut mampu memberi jalan penyelesaian yang komprehensif, adaptif, kreatif dan inovatif untuk mengatasi isu-isu semasa yang dihadapi masyarakat global.
Dalam pada itu YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Amrin Saragih daripada Universitas Negeri Medan dan Profesor Dr. Nena P. Valdez daripada Universiti Teknologi Brunei merupakan tiga (3) orang penyampai ucaptama yang dijemput khas Ahli akademik yang tersohor ini mengupas pembentangan masing-masing dengan isu-isu menarik yang pasti merangsang minda. Rakaman pembentangan mereka dapat diikuti di laman rasmi media sosial Facebook University College of Yayasan Pahang.
Profesor John Adamson (University of Niigata Prefecture, Japan), Dr Robbie Lee Sabnani (National Institute of Education, Nanyang Technological University, Singapore), Dr. Azhar Jaafar @ Ramli (UCYP Malaysia), Dr. Tan Li Pin (UCYP Malaysia), dan Dr. Poonsiri Thipnate (Phetchaburi Rajabhat University, Thailand) turut diberi ruang untuk menyampaikan perkongsian tentang hasil penyelidikan berkaitan Sains Sosial,Teknologi Inovatif, Bahasa dan Pendidikan dalam konferens kali ini.
Program ini telah dibahagikan kepada tiga (3) sesi Parallel yang dijalankan selama dua (2) hari dengan 98 orang pembentang telah membentangkan hasil kajian dan penyelidikan mereka sepanjang sesi tersebut.
Ketua Pegawai Digital UCYP, Puan Suriyani Sulaiman turut menyampaikan bengkel Teaching Apps/Tools for Educators pada hari pertama manakala Pengurus Pusat Pengurusan Penyelidikan UCYP, Dedi Sanjaya menyampaikan bengkel bertajuk Scientific Writing Workshop: A Guide To Getting Published In Scopus Indexed Joural pada hari kedua.
Semasa persidangan itu, tiga (3) penyampai terbaik turut diraikan oleh UCYP. Ia dipilih berdasarkan kriteria yang dipenuhi semasa pembentangan. Antara yang berjaya memenangi persembahan terbaik adalah:
No. | Nama | Tajuk Penyelidikan | Institusi |
1 | Azhar Aziz Lubis | Portraits of Indonesian University Graduates of English And Non-English Departments Viewed by English Proficiency | University of Bengkulu, Indonesia |
2 | Norsazalina Che Ghazali | Factors of Digital Marketing Adoption By SME In Pahang; Post Covid-19 | University College of Yayasan Pahang, Malaysia |
3 | Nazli Ismail Nawang | Self-Regulation Versus State Regulation – Analysing the Appropriate Regulatory Style For Online News Portal in Malaysia | Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia |
Pemenang telah membawa pulang wang tunai dan e-sijil. Seterusnya, sesi bergambar secara atas talian menjadi acara penutup bagi program ini.
Ucapan aluan Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin
Jemputan khas Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebagai penyampai ucaptama.
Antara penceramah Jemputan untuk persidangan IC.ITSS dan 6thICLE, Profesor John Adamson dan Dr Robbie Lee Sabnani.
Foto peserta diambil melalui tangkapan skrin pada akhir program IC.ITSS dan ICLE ke–6, 2020.