6 Julai 2023, University College of Yayasan Pahang (UCYP) telah mengadakan lawatan kerja ke Chengdu Vocational University of the Arts yang bertempat di Sichuan, China. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menjalin hubungan dua hala antara UCYP dan Chengdu Vocational University of the Arts melalui satu sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU). Delegasi UCYP Malaysia yang diketuai oleh Yang Hormat Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Bin Haji Zainuddin, Naib Canselor UCYP, turut diiringi oleh Profesor Madya Dr. Tan Li Pin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Jaringan Industri), Encik Jalaluddin Bin Abdullah, Pendaftar UCYP, Puan Suhaila Binti Haji Mukhtar, Penolong Naib Canselor (Penjenamaan, Komunikasi & Diplomasi Korporat) dan Encik Yung Leong Lam, Penolong Naib Canselor (Enrolmen Pelajar & Pejabat Antarabangsa). UCYP juga turut dibantu oleh rakan strategik UCYP di China, iaitu Encik Wang Ji, sebagai koordinator sepanjang lawatan ke Negara China ini.

Ketibaan delegasi UCYP Malaysia disambut oleh Canselor Chengdu Vocational University of the Arts, Yu Tianxiang, Timbalan Canselor, Lan Ying dan Xiong Dianhua, Naib Canselor, Wang Yong dan beberapa pimpinan tertinggi universiti yang lain. Dalam sesi pertemuan antara kedua-dua buah universiti, Yu Tianxiang mengekspresikan setinggi penghargaan dan mengalukan kehadiran UCYP Malaysia ke Chengdu Vocational University of the Arts. Menerusi ucapannya, Yu Tianxiang menyifatkan bahawa kerjasama antara institusi pendidikan dalam dan luar negara merupakan satu langkah yang signifikan bagi perkembangan yang baik buat universiti dan para pelajarnya.

Memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh kedua-dua buah universiti merupakan satu simbolik bermulanya hubungan dan kerjasama strategik yang melibatkan penyelidikan, latihan bersepadu, tenaga pengajar dan perkongsian akademik serta pertukaran budaya yang berterusan. Yang Hormat Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Bin Haji Zainuddin, Naib Canselor UCYP dalam ucapannya menyifatkan bahawa kerjasama ini akan menghasilkan satu ruang kerjasama yang baik dan akan membantu merancakkan sumber-sumber dalam dunia akademik buat kedua-dua buah institusi khususnya dalam bidang seni reka dan grafik. Program pertukaran pelajar, tawaran peluang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran, pelaksanaan dual-program di peringkat siswazah dan pascasiswazah serta perkongsian penyelidikan dan inovasi dalam teknologi adalah antara program yang akan dilaksanakan. Semoga dengan adanya program kerjasama sebegini dapat memberi manfaat yang besar khususnya buat para pelajar dan universiti secara amnya. Semoga segala perancangan dan perbincangan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

[vc_single_image image=”20852″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20855″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20858″ img_size=”full”]

Sesi pertemuan dan perbincangan antara UCYP Malaysia dan Chengdu Vocational University of the Arts

[vc_single_image image=”20864″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20861″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20867″ img_size=”full”]

Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UCYP Malaysia dan  Chengdu Vocational University of the Arts

[vc_single_image image=”20870″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20876″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20873″ img_size=”full”]

Delegasi UCYP turut dibawa melawat ke sekitar kampus Chengdu Vocational University of the Arts