“Pengalaman adalah salah satu sumber pengetahuan”- Albert Einstein –

 

Kerjasama dua hala merupakan salah satu perkara signifikan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti terutama dalam bidang pendidikan. University College of Yayasan Pahang (UCYP) komited dalam membentuk dan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai buah institusi dalam dan luar negara. Kali ini, UCYP telah membuka satu lagi hubungan dua hala dengan sebuah universiti di Indonesia iaitu Universitas Islam Riau. Universitas Islam Riau merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di wilayah Pekanbaru, Riau, Indonesia. Program mobiliti pelajar yang diwujudkan diharapkan dapat meningkatkan pengalaman pendidikan mahasiswa melalui perkongsian dua hala antara UIR dan UCYP. Salah satu program yang dilaksanakan adalah Kajian Kerja Nyata (KKN) selama 28 hari sebelum melanjutkan latihan industri. Program ini melibatkan 11 orang mahasiswa UIR yang  berpeluan untuk mengikuti sesi pembelajaran, berinteraksi sesama mahasiswa, dan bersama-sama menjalani kehidupan kampus para pelajar UCYP.

Program mobiliti pelajar ini merupakan satu peluang berharga kepada mahasiswa UIR untuk mendapatkan pengalaman yang berbeza luar dari konteks kampus UIR. Dalam tempoh 28 hari, mahasiswa akan terlibat dalam pelbagai kegiatan termasuk Kajian Kerja Nyata (KKN) yang dirancang khusus untuk meningkatkan pemahaman mereka terhadap suasana dan budaya kerja yang diamalkan oleh warga UCYP. Program mobiliti pelajar UIR-UCYP ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman khususnya dalam bidang pendidikan dan kebudayaan. Dengan adanya komunikasi dua hala sebegini, para pelajar diharapkan dapat mempelajari dan memahami berkenaan dengan sistem pendidikan, kebudayaan yang unik serta adat dan tradisi rakyat Malaysia khususnya masyarakat di Negeri Pahang.

Dalam program KKN, mahasiswa UIR akan ditempatkan di beberapa buah jabatan dan unit di University College of Yayasan Pahang. Penempatan mereka ini akan mendedahkan mereka kepada budaya kerja di UCYP yang berfokus kepada beberapa projek dan program. Mahasiswa UIR turut diberikan peluang untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti bersama para pelajar UCYP. Program mobiliti pelajar ini dilihat sebagai satu langkah positif dalam mengukuhkan kerjasama antara UCYP-UIR serta mampu membentuk kualiti keberhasilan mahasiswa yang tinggi. Dengan adanya program mobiliti ini, para pelajar UCYP sendiri turut dapat didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang baharu, mengutip pengalaman serta mengasah kemahiran insaniah. Kerjasama yang terbentuk antara UIR dan UCYP ini diharapkan semakin kukuh dengan pelbagai inisiatif yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang. Ia bukan sahaja dapat memberi manfaat yang besar buat para pelajar, tetapi juga dapat mengukuhkan hubungan dua hala antara UIR dan UCYP.

[vc_single_image image=”21013″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21016″ img_size=”full”]

Ketibaan pelajar dan pensyarah Universitas Islam Riau di Kuala Lumpur International Airport (Terminal 1) yang disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar & Diplomasi Komuniti), Profesor Madya Dr Azhar Bin Jaafar@Ramli bersama-sama dengan MPP UCYP Sesi 2023

[vc_single_image image=”21019″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21022″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21025″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21028″ img_size=”full”]

Pertemuan pertama para pelajar Universitas Islam Riau yang akan mengikuti Kajian Kerja Nyata (KKN) di University College of Yayasan Pahang (UCYP)