22 Januari 2024 telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Sara Hidup oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Majlis yang sederhana namun cukup bermakna ini diadakan bagi meraikan pelajar UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang (KYP) dari kategori B40 dan asnaf. MUIP yang sentiasa prihatin dengan kebajikan pelajar telah menyediakan dana sumbangan sejumlah RM112,500, sebagai bantuan kepada 15 orang pelajar dari UCYP University dan KYP yang layak.
Majlis sumbangan ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Dr Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP; Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Naib Canselor UCYP University; Pn. Ainul Hayati binti Yunus, Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Pahang; dan Tn. Haji Ahmad Fared bin Mohd Din, Penolong Naib Canselor (Wakaf dan Endowmen) UCYP University serta para pegawai MUIP.
Menerusi ucapan Naib Canselor, beliau menzahirkan penghargaan tidak terhingga atas sokongan berterusan daripada pihak MUIP. Beliau menekankan komitmen UCYP University untuk menyediakan pendidikan holistik, agar pelajar mencapai kecemerlangan akademik dan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Menerusi ucapan Naib Canselor, beliau menzahirkan penghargaan tidak terhingga atas sokongan berterusan daripada pihak MUIP. pendidikan holistik, agar pelajar mencapai kecemerlangan akademik dan dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Beliau turut menyeru agensi-agensi luar turut memainkan peranan dalam membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk menerima peluang pendidikan yang sama seperti pelajar yang lain.
Seterusnya, Dr. Asmadi bin Abdul Rahman menyatakan dedikasi MUIP untuk memperkasakan pendidikan dan memupuk persekitaran pembelajaran yang kondusif. Beliau menekankan kepentingan usaha secara kolektif dalam meningkatkan keseluruhan pengalaman kehidupan kampus yang mempamerkan kepentingan usaha kolaboratif.
Majlis ini mencerminkan perpaduan dan kerjasama erat antara industri dan institusi pendidikan tinggi.
UCYP dan KYP percaya sumbangan pihak MUIP ini bukan sahaja menjadi manfaat kepada pelajar malah mampu mewujudkan impak positif dan suasana muhibah dalam komuniti kampus.
Dr Asmadi bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) dan Prof. Dato’ Dr Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Naib Canselor UCYP University yakin bahawa keazaman untuk berjaya pasti meraih sokongan semua p
Cek sumbangan berjumlah RM112,500 daripada MUIP kepada pelajar UCYP dan KYP
Sorotan semasa majlis berlangsung