UCYP University melalui Institut Peradaban Islam Antarabangsa (IIIC) telah berjaya menganjurkan 7th International Conference on Islam and Higher Education (ICIHE) 2024  yang berlangsung di Auditorium Kampus Utama UCYP University, Kuantan, Pahang. Persidangan ini dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Amran Bin Muhammad yang merupakan wakil rasmi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), merangkap Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur.

Bertemakan Engaging Islamic and Contemporary Sciences for Sustainable Future, persidangan ini merupakan platform penting bagi mengintegrasikan nilai-nilai Islam dan sains kontemporari dalam mencari penyelesaian yang lestari terhadap pelbagai cabaran global. Persidangan ini menarik perhatian hampir 50 orang pembentang yang terdiri daripada kalangan penyelidik, kakitangan akademik, dan profesional dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei, dan Oman, yang hadir secara fizikal dan maya untuk berkongsi pandangan, hasil dapatan penyelidikan, serta pengalaman dalam pelbagai bidang. Kerjasama erat antara UCYP University dan pelbagai institusi serantau serta antarabangsa diharapkan dapat memberikan impak besar terhadap landskap pendidikan tinggi Islam serta penyelidikan saintifik di peringkat global.

Menerusi ucapan aluan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP University, Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, beliau menzahirkan penghargaan atas sokongan padu yang diterima daripada pelbagai rakan  kolaborasi, antaranya MUIP, Badan Kerjasama Perguruan Tinggi Keagamaan Islam Swasta (BKS-PTKIS) Riau-Kepulauan Riau, BKS-PTKIS Sumatera Barat, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Fatoni University, Thailand, Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Republik Indonesia, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam, Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah (STIT) Ahlussunnah Bukit Tinggi, Sumatera Barat, serta Pusat Kecemerlangan Fiqh al-Watan. Kehadiran institusi-institusi ini telah menjadikan persidangan ini lebih bermakna dan mampu mencetuskan kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.

Intipati persidangan turut dilengkapi dengan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UCYP University dan Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM). MoU ini ditandatangani oleh Naib Canselor UCYP University, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi Bin Mohd Zain, dan Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Tuan Yusry Bin Yusoff. Kerjasama strategik ini dijangka akan memperkukuhkan usaha ke arah penyelidikan serta pembangunan kewangan Islam di peringkat tempatan dan antarabangsa. Kedua-dua pihak komited untuk meneroka peluang-peluang baharu dalam bidang kewangan Islam, termasuk memperluaskan program latihan dan penyelidikan yang memberi manfaat kepada sektor kewangan dan ekonomi Islam.

Penganjuran persidangan ICIHE ke-7 dan majlis menandatangani MoU ini mencerminkan komitmen UCYP University dalam memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pendidikan tinggi yang proaktif, khususnya dalam pemerkasaan pendidikan dan penyelidikan yang menggabungkan nilai-nilai Islam dengan sains moden. Ini selaras dengan usaha universiti untuk mencapai pembangunan lestari, bukan sahaja dalam konteks pendidikan malah dalam memupuk kerjasama strategik yang bermanfaat kepada komuniti tempatan dan global. Melalui kerjasama dan penyertaan dari pelbagai pihak, UCYP University terus melangkah ke hadapan dalam menyumbang ke arah pembangunan ilmu yang berasaskan kepada integrasi ilmu Islam dan sains bagi kesejahteraan dunia.

[vc_single_image image=”24309″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24312″ img_size=”full”]

Ucapan perasmian dan pembukaan telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Amran Bin Muhammad, wakil rasmi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) / Pengarah Eksekutif Institut Ilmu Darul Makmur (kiri) & Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP University (kanan)

[vc_single_image image=”24315″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24318″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24321″ img_size=”full”]

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara
UCYP University dan Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM)

[vc_single_image image=”24324″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24327″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24330″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24333″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24336″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24339″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24342″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24345″ img_size=”full”]

Sekitar 7th International Conference on Islam and Higher Education (ICIHE) 2024