Seramai 100 mahasiswa UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang (KYP) telah menyertai Pahang Skill Up Bootcamp, satu inisiatif Yayasan Pahang dalam pembangunan bakat. Program ini berlangsung selama dua hari bermula pada 7 Mei 2025 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan.

Berlangsung sempena National Training Week 2025, program ini turut menyaksikan kerjasama strategik pelbagai agensi seperti PERKESO Pahang, Pahang Go, Kaneka Malaysia, Tanah Makmur Berhad, AnCasa Royale, Pekan Pahang by AnCasa Hotels & Resorts, Sediakawal serta KYP Education Sdn. Bhd., UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang (KYP).

Inisiatif ini bertujuan memperkasa pelajar dengan kemahiran yang relevan serta kritikal dalam industri semasa, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja yang semakin mencabar.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pahang merangkap Pengarah Mahasiswa Anak Pahang. Turut hadir ialah YBhg. Encik Hafez Kamarudin, Ketua Bahagian Operasi Wilayah, HRD Corp.

Melalui pelbagai aktiviti seperti bengkel kemahiran insaniah, sesi latihan kerjaya dan perkongsian profesional industri, bootcamp ini memberikan pendedahan menyeluruh kepada mahasiswa mengenai keperluan sebenar dunia pekerjaan masa kini. Program ini turut menggalakkan pelajar untuk membina keyakinan diri, kepimpinan serta kemahiran komunikasi yang efektif.

Penganjuran Pahang Skill Up Bootcamp membuktikan komitmen berterusan daripada agensi yang terlibat dalam memperkasa mahasiswa melalui pendedahan langsung kepada keperluan industri semasa. Inisiatif ini diharap dapat menjadi landasan kukuh bagi para pelajar untuk meningkatkan daya saing, membina keyakinan diri, serta mengasah kemahiran insaniah dan profesional yang diperlukan dalam dunia pekerjaan sebenar.

Ucapan semasa majlis perasmian oleh YH. Dato’ Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pahang merangkap Pengarah Mahasiswa Anak Pahang (kiri) dan YBhg. Encik Hafez Kamarudin, Ketua Bahagian Operasi Wilayah, HRD Corp (kanan)

Sorotan sepanjang program Pahang Skill Up Bootcamp

Leave a Reply