UCYP University terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh peranan institusi pendidikan tinggi sebagai pemacu seni, budaya dan kepimpinan menerusi penganjuran Culture, Leadership & Art Pahang Symposium (CLAPS 25) pada 4 Jun 2025 bertempat di Lecture Theatre 2, UCYP University. Simposium ini turut digabungkan dengan dua program utama iaitu Final Exhibition, Assessment & Presentation (FEXA) serta Art & Creative Design Diploma Showcase (IDEAS 33), yang menjadi pentas menonjolkan hasil kerja kreatif mahasiswa UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang (KYP).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Nor Azita binti Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah, KYP Education Sdn. Bhd. (KESB), dan disaksikan oleh YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Haji Wan Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan Pengerusi, Majlis Kebudayaan Negeri Pahang serta YBhg. Puan Norsazlina binti Che Ghazali, Pengurus Besar KYP Education Sdn. Bhd. Turut hadir memberi sokongan adalah YH Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Naib Canselor UCYP University dan barisan pengurusan UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang.

Simposium ini turut menampilkan dua tokoh akademik sebagai penceramah jemputan yang menyampaikan perkongsian berkaitan hubungan antara seni dan kepimpinan dalam dunia moden. Naib Canselor UCYP University, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain telah menyampaikan perkongsian bertajuk “Kepimpinan Seni dalam Era AI” yang mengupas bagaimana kepimpinan dalam bidang seni perlu beradaptasi dalam dunia yang semakin dipengaruhi kecerdasan buatan. Sementara itu, Prof. Dr. Tjetjep Rohendi Rohidi dari Universitas Dian Nuswantoro (UDINUS), Indonesia, membawa perspektif antarabangsa melalui pembentangan beliau yang bertajuk “Developing Pahang Crafts Based on the Creative Economy (A Study in Cultural Approach)”. Topik ini mengupas mengenai kekuatan budaya dalam memajukan industri kraf tempatan.

Inisiatif serta platform yang disediakan oleh Tun Ghazali Shafie Institute for Strategic Leadership (TGS-ISL) ini, turut membuka ruang kepada para pelajar untuk mempamerkan hasil karya yang merupakan gabungan kemahiran teknikal, kreativiti dan pemikiran kritikal yang dipupuk sepanjang tempoh pengajian mereka. FEXA dan IDEAS 33 bukan sahaja menjadi medan penilaian akademik, malah turut memperlihatkan kemampuan mahasiswa dalam menzahirkan bakat dan inovasi yang mampu diketengahkan ke peringkat tertinggi.

Penganjuran CLAPS 25 serta pameran kreatif yang berlangsung ini secara langsung memperlihatkan kesungguhan UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang dalam menyokong pembangunan sahsiah mahasiswa secara menyeluruh, selain memupuk kefahaman terhadap nilai budaya dan kepimpinan yang relevan dengan keperluan industri dan masyarakat masa kini.

Sesi ucapan oleh YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Haji Wan Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan Pengerusi, Majlis Kebudayaan Negeri Pahang (kiri) dan YH. Dato’ Nor Azita binti Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah, KYP Education Sdn. Bhd. (kanan) sempena Majlis Perasmian CLAPS 25, FEXA & IDEAS 33

Persembahan kebudayaan oleh Majlis Kesenian Negeri Pahang

Sekitar pameran Final Exhibition, Assessment & Presentation (FEXA) serta Art & Creative Design Diploma Showcase (IDEAS 33)

Perkongsian dari penceramah jemputan yang bertajuk “Kepimpinan Seni dalam Era AI” oleh Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain (atas) dan “Developing Pahang Crafts Based on the Creative Economy (A Study in Cultural Approach)” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Tjetjep Rohendi Rohidi (bawah)

Leave a Reply