Program Agihan Juadah Makmur Edisi Khas telah berlangsung pada 19 Mei 2023 bertempat di Auditorium Kampus Utama, UCYP. Program ini merupakan satu pendekatan baharu yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Pahang, di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri (Dr) Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail. Pendekatan ini bertujuan untuk berkongsi rezeki dan sebagai memanifestasikan kesyukuran bersama-sama dengan rakyat. Dengan peruntukkan RM11 juta setahun, agihan juadah makmur ini dijalankan hampir setiap minggu di masjid-masjid selepas solat Jumaat. Setiap masjid  yang terpilih dari setiap 42 DUN akan menerima juadah makmur untuk diedarkan kepada jemaah dan masyarakat setempat. Pada kali ini, program Agihan Juadah Makmur Edisi Khas berada di bawah kendalian Pejabat Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah dipanjangkan kepada agensi-agensi kerajaan dan anak-anak syarikat negeri dan UCYP antara yang terpilih.

Dalam usaha untuk memberikan sumbangan yang bermakna kepada komuniti pendidikan, sebanyak 500  pek makanan telah disediakan kepada mereka yang hadir. Agihan juadah makmur ini tidak tertumpu kepada pelajar sahaja, malahan kakitangan UCYP dan KYP turut menerima manfaat dari sumbangan tersebut. Wakil yang hadir pada majlis ini adalah Yang Berbahagia Encik Wan Emril Nizam Bin Wan Embong, Pegawai Penyelidikan dan Penerbitan Menteri Besar Pahang serta Yang Berbahagia Encik Mohamad Azirul Hanif Bin Mohamad Sri, Pegawai Khas (sumbangan) Menteri Besar Pahang. Dalam ucapan beliau,  inisiatif kerajaan negeri ini merupakan salah satu komitmen kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan masyarakat. Program ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan negeri yang sentiasa berusaha untuk menjaga kesejahteraan rakyatnya dan memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Encik Jalaluddin Bin Abdullah, Pendaftar UCYP, Yang Berbahagia En Razi Bin Musa@Ahmad, Pengurus Pusat Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) serta Yang Berbahagia Encik Hamdan bin Abd Latiff, Pendaftar dan wakil dari KYP. Semoga program Agihan Juadah Makmur ini terus berjaya dan memberikan impak positif kepada masyarakat negeri Pahang. Diharapkan juga inisiatif seperti ini akan terus dilaksanakan dan diraikan sebagai satu bentuk keprihatinan terhadap kebajikan rakyat dan seterusnya memberikan inspirasi kepada negeri-negeri lain.

[vc_single_image image=”20463″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20466″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20469″ img_size=”full”]

Serahan Juadah Makmur kepada wakil pelajar dari setiap fakulti dan ketua jabatan

[vc_single_image image=”20472″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20475″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20478″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20481″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20484″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20487″ img_size=”full”]

Sekitar Agihan Juadah Makmur kepada pelajar dan kakitangan UCYP dan KYP