Pada 25 Mac 2024 telah berlangsung bengkel Empowering Leadership through Language – Born To Be A Leader Module anjuran Faculty of Education and General Studies (FEGS) bertempat di Kampus Utama, UCYP University. Bengkel yang diadakan ini bertujuan untuk menghasilkan modul baharu bagi membantu para pensyarah meningkatkan kualiti pengajaran dalam dunia pendidikan dan kepimpinan generasi baharu.
Perkongsian Pengarah Tun Ghazali Shafie Institute for Strategic Leadership (TGS-ISL), Puan Suhaila Haji Mukhtar, sebagai pembentang dalam bengkel tersebut telah disambut baik oleh para peserta. Bengkel yang dijalankan merangkumi tiga modul utama iaitu Ice Breaking, Introduction to Leadership in Education, dan Empowering Leadership through Language. Para peserta seramai 14 orang yang terlibat dalam bengkel ini merupakan barisan pensyarah dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pengajian Umum di UCYP University.
Bengkel yang dijalankan ini dilihat memberi impak yang positif kepada peserta di mana mereka dapat mengamalkan kaedah yang strategik dan berkesan untuk mengasah kemahiran kepimpinan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Aspek yang diberi penekanan adalah bahasa, komunikasi, dan konsep asas kepemimpinan. Para peserta turut berkongsi pengalaman mereka bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran peserta lain dalam landskap pendidikan awal kanak-kanak.
Semoga para pensyarah dan graduan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UCYP University terus komited dalam pembangunan profesionalisme pendidikan awal kanak-kanak dan seterusnya meningkatkan impak positif kepada industri Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia.
Sesi perkongsian bersama Puan Suhaila Haji Mukhtar, Pengarah Tun Ghazali Shafie Institute for Strategic Leadership (TGS-ISL)
Aktiviti dalam kumpulan sepanjang bengkel berlangsung
Sesi kenang-kenangan bersama para peserta