UCYP komited dalam mengangkat isu kelestarian dan ianya terbukti dengan penganjuran persidangan antarabangsa 2nd Business, Management and Governance International Conference 2022 (BMAGiC) pada 23 hingga 24 November lalu. Bertemakan Change Management for Organizational Sustainability, UCYP mengambil pendekatan dalam memperkenalkan konsep kelestarian kepada komuniti dalam aspek yang berlainan dan tidak hanya tertumpu kepada kelestarian alam sekitar sahaja. Sesebuah organisasi perlu melalui fasa perubahan dan penyesuaian agar mampu bersaing di peringkat domestik dan global. Perubahan yang ingin dilakukan perlulah merangkumi corak pemikiran bagi memastikan  sesebuah organisasi sentiasa berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Justeru, tema tersebut dipilih sebagai fokus utama untuk BMAGiC pada kali ini.

Kejayaan penganjuran BMAGiC’22 pada kali ini, merupakan hasil kerjasama Beijing Information Science and Technology University (BISTU),  Politeknik Negeri Malang, Indonesia dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). BMAGiC’22 turut mencatatkan jumlah peserta yang tertinggi dari kesemua siri konferens anjuran UCYP, dan ini membuktikan kerjasama baik dan sokongan padu dari rakan strategik. Melalui penglibatan peserta seramai 300 orang, konferens selama 2 hari ini menghimpunkan dapatan kajian dari 29 penyelidik dari pelbagai negara antaranya Pakistan, Filipina, Indonesia dan Malaysia.

BMAGiC’22 telah membariskan dua orang panel bagi menyampaikan ucaptama iaitu Profesor Dr. Lester Charles Massingham, Pengarah Urusan CMC International Pte. Ltd., Singapore dan Profesor Dato’ Dr. Muhamad Bin Muda, Ahli Lembaga Pengelola UCYP. Menerusi perkongsian Profesor Dr. Lester Charles Massingham, beliau memperkenalkan konsep change management dalam organisasi yang merangkumi struktur, kepimpinan, budaya, komunikasi dan hubungan antara pemegang taruh merupakan antara elemen yang perlu diambil berat dalam proses perubahan. Menurut beliau, komunikasi dalam organisasi dari top-bottom & bottom-up amat penting agar mesej dapat disampaikan dengan sebaiknya dan misi perubahan dapat dilaksanakan dengan lebih terperinci. Beliau turut memperkenalkan framework baru yang meliputi penyesuaian, penerimaan, pencapaian dan penilaian yang harus diamalkan oleh organisasi dalam memastikan kelestarian organisasI. Selain itu, bagi perkongsian Profesor Dato’ Dr. Muhamad Bin Muda, beliau menjelaskan sektor korporat dan perniagaan dikatakan berdepan dengan cabaran lebih besar sepanjang dua dan tiga tahun kebelakangan ini berikutan pandemik COVID-19. Banyak sektor ekonomi dan perniagaan yang terpaksa ditutup namun dunia turut menyaksikan kebangkitan gig ekonomi dalam tempoh berkenaan.  Menurut beliau antara cabaran yang dihadapi ialah perubahan dalam kuasa membeli oleh pengguna, pengurusan kewangan dan tadbir urus. Secara kesimpulan beliau menekankan sebarang perubahan perlulah secara berstruktur, mempunyai perancangan, respons disampaikan secara sistematik serta perubahan dalam kepimpinan amat diperlukan dalam memastikan ianya mencapai objektif yang dikehendaki. Ini kerana cabaran dalam proses perubahan terlalu besar, kegagalan dalam pengendaliannya akan menjejaskan kelangsungan dan kelestarian perniagaan tersebut.

Selain itu, BMAGiC’22 turut mengundang 4 orang penceramah jemputan yang terdiri daripada Profesor Geoffrey Williams, Malaysia University of Science and Technology (MUST); Profesor Jielin Yin, Beijing Information Science and Technology University; Dr. Kurnia Ekasari, Polytechnic State of Malang (PoliNeMa) dan Profesor Dr. Vincent Lee, Curtin University bagi sesi perkongsian ilmu bersama para peserta.

Sebagai tanda penghargaan kepada pembentang dalam perkongsian ilmu dan dapatan kajian sepanjang persidangan ini, pihak jawatankuasa telah menyediakan anugerah khas kepada Pembentang Terbaik dan ianya dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu Anugerah Perak, Anugerah Emas dan Anugerah Platinum. UCYP turut berkongsi kegembiraan dengan kejayaan Puan Yuzieta Mohd Yusop dari Fakulti Pengurusan, UCYP yang telah memenangi Anugerah Platinum sebagai Pembentang Terbaik melalui tajuk “Impact of Capital Structure on Firm’s Performance: Evidence from Malaysian Health Care Sector”. Semoga kejayaan beliau memberi inspirasi kepada lebih banyak penyertaan yang berkualiti dari para akademik dan pelajar UCYP.

Diharapkan persidangan secara maya ini membuka ruang dan peluang kepada ahli akademik, pengamal industri, pelajar dan para peserta untuk bersama-sama berkongsi ilmu melalui dapatan yang berkualiti serta mampu mewujudkan lebih banyak rangkaian merentasi dunia.

Ditulis oleh : Farah Hariaty Mohd Shukri

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”19071″]

Ucapan Aluan dari Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Hj. Zainuddin,
Naib Canselor UCYP

[vc_single_image image=”19068″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”19065″]

Ucaptama dari Profesor Dr. Lester Charles Massingham
Tajuk: Change Management for Organizational Sustainability

[vc_single_image image=”19062″]
[vc_single_image image=”19059″]

Ucaptama oleh Profesor Dato’ Dr. Muhamad Bin Muda
Ahli Lembaga Pengelola UCYP

[vc_single_image image=”19056″]
[vc_single_image image=”19053″]

Sesi fotografi bersama peserta 2nd Business, Management and Governance International Conference 2022 (BMAGiC)

[vc_single_image image=”19050″]

Penerima Anugerah Platinum Yuzieta Mohd Yusop dari Fakulti Pengurusan, UCYP menerusi tajuk “Impact of Capital Structure on Firm’s Performance: Evidence from Malaysian Health Care Sector”