Pada 26 Julai 2023, telah berlangsung dengan jayanya sebuah program Digital Awareness and Technology Updates di SMK Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang. Program anjuran University College of Yayasan Pahang (UCYP) ini, merupakan pengisian yang dirangka di bawah Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang, naungan Yang Berhormat Dato’ Hajah Sabariah Saidan untuk Kluster Teknologi. Inisiatif dasar yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Noorul Ainur Mohd Nur ini mensasarkan golongan remaja yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta memberi pendedahan berkaitan teknologi digital khususnya dalam penggunaan Artificial Intelligence (AI) dan media sosial. Penganjuran pada kali ini menyaksikan penyertaan seramai 100 orang pelajar dan guru sekolah SMK Padang Tengku yang bersemangat untuk memahami serta mendalami kemajuan dunia teknologi masa kini. Dalam ucapan pembukaannya, Timbalan Naib Canselor (Pemajuan Akademik & Kualiti) UCYP, Prof. Madya Ts. Dr. Hafizan binti Mat Som yang juga merupakan Ketua Kluster Teknologi bagi Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang merakamkan kesyukuran atas kerjasama antara UCYP dan SMK Padang Tengku dalam melaksanakan program ini. Beliau berharap program ini dapat memberi manfaat dan pengalaman yang berharga kepada para peserta dalam menghadapi dunia teknologi yang dinamik dan mencabar.

UCYP turut berbesar hati menerima kehadiran Yang Berhormat Dato’ Mustafa bin Long, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku yang sudi hadir dan merasmikan program Digital Awareness and Technology Updates buat julung kalinya di daerah Kuala Lipis.  Menerusi ucapan perasmian, beliau menekankan kemajuan teknologi yang berterusan dari penggunaan secara manual sehingga mampu menembusi Industri 4.0 yang telah memberi dimensi baharu kepada pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pendidikan. Beliau menekankan akan  kepentingan untuk memperluaskan lagi pendedahan teknologi kepada golongan belia dan pelajar dan usaha ini perlu mendapat sokongan penuh dari para guru, ibubapa dan institusi pendidikan. Sehubungan itu, bantuan dan bimbingan yang sesuai, sebagaimana usaha pihak UCYP adalah penting agar teknologi dapat diintegrasikan dengan baik dalam proses pembelajaran pelajar. Beliau turut bekongsi akan inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri Pahang khususnya di daerah Kuala Lipis seperti penyediaan 63 pencawang di kawasan yang dikenalpasti untuk memberi kemudahan akses kepada rangkaian digital.

Antara objektif penganjuran program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang perkembangan dunia teknologi kini melalui pengisian yang interaktif dan merentasi isu-isu terkini dalam dunia teknologi di mana para pelajar telah didedahkan dengan cabaran dan peluang kerjaya dalam bidang ini. Seterusnya ialah bagi melengkapkan kemahiran ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ dalam golongan belia bagi memenuhi keperluan semasa. Program ini turut mendorong para pelajar untuk menanam minat dan berperanan aktif dalam dunia teknologi, demi membina masyarakat digital yang berdaya saing serta memperkasakan kemahiran digital melalui pendidikan sepanjang hayat. Justeru, diharapkan program ini mampu melahirkan barisan peserta yang berkemahiran tinggi dalam teknologi digital serta memberi ruang untuk lebih ramai bakat-bakat muda dalam bidang teknologi dapat dicungkil dan dikembangkan.

Program ini mendapat sambutan yang sangat membanggakan melalui penyampaian modul yang berkesan oleh Ts. Suriyani Sulaiman, Ketua Pegawai Digital UCYP dan Saudara Mahendran A/L Shilowaras, Penolong Pengurus (Pengaturcara Komputer) UCYP. Pengisian yang menarik ini merangkumi beberapa topik utama yang diolah mengikut kesesuaian dan keperluan peserta seperti Artificial Intelligence, Cyber Security, Media Sosial dan sebagainya.

Program Digital Awareness and Technology Updates ini, adalah satu langkah penting dalam menggalakkan minat dan kesedaran tentang teknologi digital dalam kalangan pelajar. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh oleh peserta akan menjadi aset berharga dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar ini. Harapan UCYP agar program seumpama ini dapat diteruskan di semua daerah di negeri Pahang, demi membina masyarakat yang progresif dalam teknologi untuk kemakmuran negara.

[vc_single_image image=”21086″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21089″ img_size=”full”]

Kanan: Ucapan Aluan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Hafizan Mat Som, Timbalan Naib Canselor (Pemajuan Akademik & Kualiti) UCYP merangkap Ketua Kluster Teknologi, Dasar Pembangunan Wanita Pahang

Kiri: Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Mustafa bin Long, Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku

[vc_single_image image=”21092″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21095″ img_size=”full”]

Sesi perkongsian bersama pelajar SMK Padang Tengku oleh Ts. Suriyani Sulaiman, Ketua Pegawai Digital UCYP dan Saudara Mahendran a/l Shilowaras, Penolong Pengurus (Pengaturcara Komputer) UCYP

[vc_single_image image=”21098″ img_size=”full “]
[vc_single_image image=”21101″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21104″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21107″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21110″ img_size=”full “]
[vc_single_image image=”21113″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21116″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21119″ img_size=”full”]

Sekitar program Digital Awareness and Technology Updates 2023