“Jutaan terima kasih dan terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta akan menggalas tanggungjawab dan amanah diberikan sebaik mungkin,” kata Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin selepas dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Education Sdn Bhd (KESB).
Menurutnya, ia bukan tugas mudah dan menyifatkan ia satu cabaran baharu khususnya dalam dunia pendidikan di negeri tersebut.