Pada 23 dan 24 Ogos 2022, University College of Yayasan Pahang melalui Fakulti Pembangunan Manusia telah menganjurkan ‘2nd International Conference on Education (ICEd) 2022’. Konferens kali ini telah mendapat sambutan yang sangat memberansangkan dengan kehadiran hampir 200 orang peserta dari dalam dan luar negara. Bertemakan ‘Adaptive Education: Empowering Quality Education through Teaching and Learning’, perbincangan dan diskusi pada konferens kali ini merangkumi hasil dapatan kajian khususnya berkenaan cabaran dan halangan terutama dalam hal ehwal pedagogi dan perkembangan teknologi serta inovasi dalam sektor pendidikan. Sesi konferens ini telah dihadiri oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Bin Haji Zainuddin, Naib Canselor UCYP; Profesor Ts. Dr. Zaidatun Bt. Tasir, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Teknologi Malaysia; Profesor John Adamson Ed.D, University of Niigata Prefecture Japan; Profesor Madya Dr. Mastura Badzis, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; Profesor Madya Dr. Annamai Damnet, Kasetsart University, Thailand; Profesor Madya Ts. Dr. Hafizan binti Mat Som, UCYP Malaysia, Penolong Profesor Dr. Firman Parlindungan, Universitas Teuku Umar Aceh Indonesia; serta barisan pengurusan tertinggi, kakitangan dan pelajar UCYP.

Menerusi ucapan pembukaan oleh Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Bin Haji Zainuddin, beliau amat berbesar hati di atas penyertaan dari pelbagai negara Asia iaitu Japan, Thailand, Indonesia dan Brunei yang sudi mengambil bahagian dalam Konferens Pendidikan Antarabangsa Kali Ke-2 anjuran Fakulti Pembangunan Manusia, UCYP. Tambah beliau lagi, tema yang dibawakan pada sesi kali ini amat signifikan dengan konsep dan slogan yang dibawa oleh UCYP iaitu Adaptive University. Slogan dan konsep ini dilihat sebagai selari dengan polisi dan agenda di peringkat lokal mahupun antarabangsa. Sebagaimana yang kita sedia maklum, pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia sejak tahun 2020 telah memberikan kesan yang sangat membimbangkan bukan sahaja terhadap bidang ekonomi, tetapi turut memberi impak kepada bidang pendidikan.

Negara-negara Asia khususnya Malaysia telah mula beradaptasi dan mengimplementasikan satu kaedah baharu dalam menerajui bidang pendidikan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini secara tidak langsung telah membuka lembaran dan dimensi baru dalam bidang pendidikan negara dengan penghasilan idea-idea baru dan teknik-teknik pengajaran yang lebih moden dan komprehensif selaras dengan perkembangan situasi semasa. Hasil inovasi dan evolusi yang berlaku dalam sistem pendidikan ini telah membuka mata banyak pihak tentang kepentingan digital. iCEd kali ini telah menampilkan sebanyak 27 kertas kerja yang masing-masing telah mengemukakan pelbagai kaedah dan implementasi dalam menghadapi era pembelajaran secara digital.

Semoga dengan penganjuran konferens kali ini dapat menyumbang idea-idea baru, membuka minda dan melebarluaskan perspektif dalam usaha untuk berhadapan dengan cabaran yang sedang dihadapi. Meskipun pandemik Covid-19 tidak lagi menjadi kerisauan ketika ini, perkembangan dari sudut inovasi dan teknologi masih memerlukan kita untuk turut membawa nafas baru khususnya dalam dunia pendidikan.

Ditulis oleh: Farah Hariaty Mohd Shukri

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”19181″]
[vc_single_image image=”19184″]

Ucaptama dari Profesor Ts. Dr. Zaidatun Bt. Tasir, Dekan Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusian Universiti Teknologi Malaysia

[vc_single_image image=”19187″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”19217″]
[vc_single_image image=”19214″]
[vc_single_image image=”19211″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”19208″]
[vc_single_image image=”19205″]
[vc_single_image image=”19202″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”19199″]
[vc_single_image image=”19196″]
[vc_single_image image=”19193″]

Bersama sebahagian peserta yang membentangkan dapatan kajian mereka di
2nd International Conference on Education (ICEd) 2022

[vc_single_image image=”19190″ alignment=”center”]

Sesi fotografi bersama peserta 2nd International Conference on Education (ICEd) 2022