UCYP melalui Fakulti Sains, Kejuruteraan dan Agroteknologi sekali lagi diberi kepercayaan bagi penganjuran 3rd International Conference on Innovative Technology & Science 2022 yang bertemakan Sustainable Technology for Future Earth pada 6-7 Disember 2022 yang lalu. Kejayaan ini merupakan hasil penganjuran bersama Universitas Muhammadiyah, Jakarta Indonesia serta University College TATI. Hasil kerjasama bersama Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), seramai 200 orang peserta telah mengikuti persidangan antarabangsa ini. Program yang dijalankan secara dalam talian, telah berjaya menghimpunkan pakar-pakar akademik dan penyelidik dalam bidang sains dan teknologi daripada beberapa negara Asia termasuk Indonesia, Japan, Saudi Arabia, Singapura dan Malaysia.

Menerusi ucapan aluan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Penyelidikan), Profesor Madya Dr. Tan Li Pin beliau menjelaskan, kelestarian merupakan isu penting dan pendekatan secara holistik beserta pembangunan teknologi mampu menjadi solusi dalam masalah dunia seperti isu alam sekitar. Selain itu, pembangunan teknologi seperti Renewable Energy, Artificial Intelligence (AI), robotik, kenderaan elektrik dan banyak lagi penciptaan mampu menjadi alternatif serta penyumbang kepada kelestarian.

Seterusnya persidangan ini turut diserikan dengan ucaptama oleh Yang berbahagia Dr. Md Fauzi bin Md Ismail, Pendaftar Malaysia Board of Technologists (MBOT). Menurut kupasan beliau, kelestarian teknologi yang dihasilkan seharusnya memenuhi keperluan komuniti terutamanya melibatkan food & energy security, keselamatan alam sekitar, sosial dan sebagainya. Usaha yang berterusan dalam penghasilan produk berteknologi turut diperlukan bagi memperhalusi kepentingan serta peranan kelestarian dalam mengatasi isu persekitaran dan ekologi khususnya.

Seramai 58 orang peserta telah membentangkan dapatan kajian, penemuan dan solusi terbaik dalam perkembangan sains dan teknologi. Skop kajian yang diketengahkan adalah meliputi pelbagai disiplin seperti kejuruteraan, sains komputer, dan lain-lain disiplin yang mampu menyalurkan perkembangan teknologi bagi kelestarian masa depan.

Sebagai motivasi kepada para penyelidik, jawatankuasa 3rd International Conference on Innovative Technology & Science 2022 (IC.ITS) telah memperkenalkan anugerah emas dan platinum bagi pembentangan terbaik. Oleh yang demikian, seramai 10 orang pembentang telah menerima Anugerah Emas manakala Ts. Dr. Jacqueline Joseph, Universiti Teknologi MARA (Cawangan Sabah); Dr. Tan Chi Wee, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Kuala Lumpur  dan Ts. Dr. Nadzirah Zainordin, UCSI University Kuala Lumpur memenangi Anugerah Platinum di atas hasil pembentangan mereka.

Semoga perkongsian dari para penyelidik ini menjadi platform yang terbaik serta membuka peluang dalam penciptaan produk berteknologi yang mampu menyokong kelestarian bagi masa kini atau akan datang.

Ditulis oleh : Farah Hariaty Mohd Shukri

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”18972″]

Ucaptama oleh YBhg. Dr. Md Fauzi bin Md Ismail
Pendaftar Malaysia Board of Technologists (MBOT)
3rd International Conference on Innovative Technology & Science 2022 (IC.ITS)

[vc_single_image image=”18987″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18984″]
[vc_single_image image=”18981″]

Sesi fotografi  bersama Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin serta penceramah dan peserta
3rd  International Conference on Innovative Technology & Science 2022

[vc_single_image image=”18978″]
[vc_single_image image=”18975″]
[vc_single_image image=”19002″]
[vc_single_image image=”18996″]
[vc_single_image image=”18993″]
[vc_single_image image=”18990″]

Pemenang Pembentang Terbaik, Anugerah Platinum iaitu Ts. Dr. Jacqueline Joseph, Universiti Teknologi MARA (Cawangan Sabah); Dr. Tan Chi Wee, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Ts. Dr. Nadzirah Zainordin, UCSI University