Pada 17 Januari 2023 yang lalu, telah berlangsunya acara tahunan UCYP iaitu Club and Association Carnival (ClasCar) bagi tahun 2023 anjuran Pusat Perhubungan Siswa (CForSE) UCYP. Penganjuran pada sesi kali ini lebih istimewa kerana ianya diadakan secara bersemuka setelah berakhirnya tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) pandemik Covid-19.

ClasCar’23 kali ini telah melibatkan penyertaan lebih daripada 20 kelab dan persatuan di UCYP dan KYP. Program dimulakan dengan persembahan selawat dan nasyid selamat datang dari Persatuan Mahasiswa IKIP-Yarmouk KYP (PERMAIYA) dan sesi perasmian oleh Yang Hormat, Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Bin Haji Zainuddin, Naib Canselor UCYP. Gimik perasmian pada kali ini telah menampilkan salah satu kelab yang baru ditubuhkan di UCYP iaitu Kelab Memanah. Naib Canselor UCYP telah dijemput untuk melepaskan anak panah sebagai simbolik perasmian ClasCar’23. Turut serta dalam acara gimik perasmian tersebut ialah Ketua Eksekutif, Kolej Yayasan Pahang, Puan Ainul Hayati Binti Yunus.

Acara ClasCar’23 kemudiannya diteruskan lagi dengan persembahan daripada Kelab Walinong Sari UCYP yang merupakan sebuah kelab seni tarian yang ditubuhkan di UCYP. Kelab ini bukan sahaja memberikan pendedahan dalam tarian-tarian tradisional sebaliknya mereka juga mahir dalam tarian-tarian moden dan kontemporari. Sebanyak tiga jenis tarian telah dipersembahkan oleh Kelab Walinong Sari pada ClasCar’23 kali ini. Selain Kelab Walinong Sari, Kelab Bushido Karate juga turut memeriahkan acara pembukaan ClasCar’23 dengan persembahan seni bela diri yang sangat menarik dan mengujakan. Kelab Bushido Karate ini juga telah mengharumkan nama UCYP dengan menyandang Pingat Perak dan Gangsa di Kejohanan Majlis Sukan Kedah pada Tahun 2022 dengan diwakili oleh pasangan kembar Nur Emisha Aisha Hamidi dan Nur Emira Aira Hamidi. Persembahan seni bela diri ini juga mendapat tepukan dan sorakan yang gemuruh oleh para penonton. Usai persembahan seni bela diri ini, turut diadakan upacara penyerahan semula pingat kepada keuda-duanya yang disampaikan oleh Yang Hormat Naib Canselor UCYP.

Setelah tamat acara pembukaan, ClasCar’23 diteruskan lagi dengan pameran-pameran dan aktiviti yang disediakan oleh kelab dan persatuan yang terlibat dalam ClasCar’23. Antara kelab dan persatuan yang mengambil bahagian dalam ClasCar’23 ialah Kelab Pengacaraan, Kelab Media, Persatuan Permaiya (KYP), Persatuan IIICSS, Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kelab Persis, Kelab ARC, Kelab Walinong Sari, Kelab Memanah, Kelab Prosis, Kelab Karate, Kelab Seni (KYP), Kelab Kompang, Kelab Askar Wataniah, Kelab Taekwando, Kelab Ece Fitness, Kelab Debat & Pidato, Kelab Perfetto UCYP, Kelab Futsal, Kelab e-Sport, Kelab Bola Jaring dan Kelab Bola Tampar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, permainan tradisional, virtual photo booth, demonstrasi taekwondo, permainan ATV dan Paintball, pemasangan khemah dan banyak lagi.

Pelbagai jenis makanan dan minuman juga dijual semasa karnival berlangsung termasuklah food truck dari Ayam Goreng Kunyit Mat Rock dan Mr Tako. Yang lebih mengujakan, ClasCar’23 kali ini telah mendapat liputan khas dari sekumpulan pelajar dari Kolej Poly Tech MARA Kuantan untuk dijadikan bahan tugasan pengajian mereka.

UCYP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada penganjur ClasCar’23, Pusat Perhubungan Siswa (CForSe) atas penganjuran yang sangat meriah dan berjaya ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar, ibu bapa dan komuniti setempat yang telah hadir ke ClasCar’23. Semoga UCYP melalui CForSE dapat melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja mempunyai kualiti akademik yang tinggi tetapi juga turut melahirkan mahasiswa yang berdaya saing terutama dalam pengurusan organisasi dan kemahiran-kemahiran lain diluar dewan kuliah.

 

Ditulis oleh : Nor Atiqah Binti Sukri

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”19315″]
[vc_single_image image=”19312″]

Gimik Perasmian ClasCar’23 yang disempurnakan oleh Naib Canselor UCYP dan Ketua Pegawai Eksekutif KYP

[vc_single_image image=”19309″]
[vc_single_image image=”19306″]
[vc_single_image image=”19303″]
[vc_single_image image=”19300″]

Persembahan Pembukaan ClasCar’23 oleh Kelab Walinong Sari, Kelab Bushido Karate dan Persatuan Mahasiswa IKIP-Yarmouk (PERMAIYA)

[vc_single_image image=”19297″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”19294″]
[vc_single_image image=”19291″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”19288″]
[vc_single_image image=”19285″ alignment=”center”]

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang ClasCar’23

[vc_single_image image=”19330″]
[vc_single_image image=”19327″]
[vc_single_image image=”19324″]
[vc_single_image image=”19321″]

Antara bahan yang dipamerkan oleh Kelab dan Persatuan di UCYP

[vc_single_image image=”19318″ alignment=”center”]

Sekumpulan pelajar dari Kolej Poly Tech MARA Kuantan yang hadir membuat liputan berkenaan ClasCar’23.