23 Disember 2020

Kecemerlangan Operasi telah dipilih sebagai inisiatif utama untuk tahun 2021 bagi memantapkan lagi keupayaan UCYP. Menerusi rangkaian platform Zoom, satu siri webinar yang bertajuk ‘Operational Excellence: Values and Practices for Organisational Sustainability’ telah disampaikan oleh Felo Kehormat Tun Ghazali Shafie Institute for Strategic Leadership, Dato’ Abdul Rashid Musa. Webinar ditayangkan secara langsung dan ditonton oleh lebih daripada 100 kakitangan UCYP.

Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Hj. Zainuddin dalam ucapannya, turut menegaskan dalam era revolusi industri 4.0 semua pihak perlu sentiasa kehadapan untuk menghadapi setiap cabaran agar mampu menyesuaikan diri dengan pembaharuan dan kekal relevan.

“Perubahan adalah perkara yang tidak dapat dielak serta diabaikan, tapi dengan menjadi adaptif ia merupakan salah satu inisiatif untuk kekal relevan”, tambahnya lagi.

Dalam ucapannya, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Hj. Zainuddin turut menyatakan objektif pelaksanaan Kecemerlangan Operasi UCYP 2021 adalah untuk membina organisasi yang mempunyai keupayaan bertahan dan mampu membangun dalam persekitaran yang sentiasa berubah-ubah. Maka melalui inisiatif ini, ianya dapat membantu organisasi untuk lebih memahami keperluan semasa dan akan datang. Selain itu, Kecemerlangan Operasi dapat membentuk dan mewujudkan perancangan yang lebih kukuh untuk memastikan organisasi kekal berdaya saing serta relevan.

Jemputan kepada Dato ‘Abdul Rashid Musa sebagai penceramah memenuhi konsep OE seperti apa yang diinginkan dan dirancang untuk dilaksanakan oleh UCYP. Dengan pengalaman bersama berberapa syarikat korporat terkemuka di Malaysia, Dato’ Abdul Rashid tidak lokek dalam berkongsi ilmu sepanjang beliau berkhidmat terutama dalam memastikan kecemerlangan operasi sepanjang kepimpinannya di beberapa buah syarikat konglomerat.

Dalam tempoh satu (1) jam bersama Dato’ Abdul Rashid Musa, beliau telah berkongsi ilmu pengetahuan sewaktu berkhidmat di Jepun, dan pengalaman tersebut telah membuka minda dan perspektif baharu akan suasana operasi yang lebih efektif dan sistematik. Malah, prinsip dan etika kerja di sana seperti Muda (buangan), Mura (tidak sama rata), dan Muri (pembaziran) berjaya membantu dalam meningkatkan produktiviti dan menggunakan sumber yang tersedia dengan lebih optimum.

Justeru, dengan ilmu dan pengalaman yang dimiliki dan dikongsi dalam sesi ini, ia sedikit sebanyak mampu menjadi penanda aras kepada UCYP dalam melaksanakan konsep Kecemerlangan Operasi 2021

Dato’ Abdul Rashid Musa ketika berkongsi pengalaman berkaitan Kecemerlangan Operasi.

Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato ’Dr. Ahmad bin Hj. Zainuddin memberikan ucaptama sebelum webinar bermula.

Antara kakitangan UCYP yang hadir mengikuti webinar Kecemerlangan Operasi UCYP 2021.

[vc_single_image image=”13252″ img_size=”full”]

Dato’ Abdul Rashid Musa ketika berkongsi pengalaman berkaitan Kecemerlangan Operasi.

[vc_single_image image=”13249″ img_size=”full”]

Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato ’Dr. Ahmad bin Hj. Zainuddin memberikan ucaptama sebelum webinar bermula.

[vc_single_image image=”13256″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”13260″ img_size=”full”]

Antara kakitangan UCYP yang hadir mengikuti webinar Kecemerlangan Operasi UCYP 2021.