UCYP melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan Seminar Mitigasi Banjir: Strategi untuk Kelestarian Alam Sekitar. Majlis diadakan secara hibrid pada 04 April 2022 bersamaan 02 Ramadhan 1433H, bertempat di Dewan Utama Kompleks Yayasan Pahang. Program secara hibrid ini telah mendapat kerjasama dari rakan media UCYP iaitu Unit Komunikasi & Media Pahang (UKOMP). Seminar ini juga telah berjaya mengumpul jemputan seramai 150 orang secara fizikal dan 300 penyertaan dalam talian. Jemputan ini terdiri daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri, ketua-ketua jabatan, wakil agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pakar-pakar bidang dan ahli akademik dari Institusi Pendidikan Awam dan Swasta.

Penganjuran seminar ini bertitik tolak dari cetusan idea Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Hj. Shamsudin. Keprihatinan beliau terhadap fenomena banjir dan air termenung yang melanda negara baru-baru ini khususnya di negeri Pahang telah membawa kepada inisiatif dan kerjasama dengan pihak UCYP. Objektif penganjuran seminar ini, tertumpu kepada mengenal pasti isu yang membawa kepada ancaman banjir di negeri Pahang dan Malaysia, berkongsi dapatan kajian dan pemerhatian penyelidik yang akhirnya diharap dapat membantu membangunkan pelan tindakan mitigasi atau strategi demi memastikan kelestarian alam sekitar.

Seminar ini telah berjaya menghimpunkan seramai empat orang panel hebat daripada pelbagai bidang dan portfolio yang berbeza iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Ketua Kluster Alam Sekitar & Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia & Felo Penyelidik Utama Institut Alam Sekitar & Pembangunan – LESTARI, UKM), Ir. Dr. Safari Bin Haji Mat Desa (Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia), Prof. Madya Dr. Ahmad Fikri Bin Abdullah (Ketua Laboratori Ekosistem Akuatik dan Pengurusan I-AQUAS, UPM) serta Ir. Roslina Bt Yusop (Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang).

Sesi perkongsian telah dimulakan dengan dapatan kajian daripada ahli geologis / geobencana yang terkenal, iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo melalui tajuk Kajian Forensik, Bencana Banjir Puing Di Lembangan Sungai Bentung, Pahang. Menerusi kajian beliau, bencana banjir yang terjadi adalah bermula dari fenomena Proses Geologi Berantai di mana aliran air akan bermula di permatang tanah tinggi dan berakhir di dataran banjir dalam sebuah Lembangan Sungai. Mengambil contoh dari aliran air di Sungai Pahang, ratusan tanah runtuh telah berlaku di kawasan pegunungan, diikuti oleh puluhan aliran puing di lurah gunung. Kejadian Puing dan kuantiti air yang banyak akan menyebabkan berlakunya banjir Puing di lembah dataran tinggi, dan banjir lumpur di dataran rendah. Menerusi rumusan beliau, proses yang terjadi ini adalah sangat kompleks, oleh itu pendekatan analisis bencana dan siap siaga bagi pengurangan risiko bencana perlu bersasar mengikut jenis dan impak bencana.

Seterusnya Kejadian Kepala Air: Kaedah Kawalan dan Hala Tuju Penyelidikan menjadi fokus utama bagi panel penceramah kedua iaitu Ir. Dr. Safari Bin Haji Mat Desa. Beliau berkongsi hasil kajian dan pengalaman terhadap fenomena kepala air di Gunung Jerai pada Ogos 2021 yang lalu. Aliran deras telah menghanyutkan kayu balak dan sampah sarap telah menyebabkan sisa tersebut tersangkut di lintasan-lintasan dan akhirnya mengakibatkan air sungai melimpah ke kawasan penempatan berdekatan. Beliau turut menerangkan tanah runtuh pendam lama (old-dormant landslide), merupakan terminologi yang menggambarkan sesebuah kawasan tanah runtuh lama boleh kembali aktif sekiranya diganggu dan inilah yang berlaku di Gunung Jerai pada tahun lepas. Beliau turut berkongsi teknologi struktur SABO yang diguna pakai di Jepun, Indonesia, Nepal dan Filipina bagi mengekang kejadian kepala air dan aliran debris serta pencegahan hakisan dan endapan. Akhir kata, NAHRIM komited untuk mewujudkan Pelan Pengurusan dan Pemantauan secara bersepadu, merangka kaedah Search, Rescue dan Pelan Evakuasi serta melancarkan projek penyelidikan dan mengoptimumkan hasil kajian dengan kerjasama pintar bersama agensi yang berkaitan.

Seterusnya panel penceramah ketiga Prof. Madya Dr. Ahmad Fikri Bin Abdullah turut berkongsi dapatan kajian beliau berkaitan Mitigasi Banjir berpandukan penyelesaian berasaskan Alam Semulajadi (NBS) – Refleksi kerjasama bersama Kesatuan Eropah menerusi Projek ‘RECONECT’. Menurut beliau, ‘RECONECT’ merupakan projek bersama Kesatuan Eropah yang telah bermula dari tahun 2018 dan dijangka selesai pada tahun 2023. Projek ini memfokuskan kepada pengurangan risiko Hidro-Meteorologi berasaskan penggunaan alam semulajadi yang berdasarkan kepada framework Kesatuan Eropah. Objektif program ini adalah untuk menghasilkan satu sistem yang bersepadu dan menyeluruh iaitu hydro-meteorological risk reduction yang melibatkan ancaman banjir, ribut, tanah runtuh dan kemarau juga mengenalpasti halangan dan kaedah mengatasinya serta meningkatkan penciptaan inovasi baru dalam memelihara alam sekitar.

Majlis yang bermakna ini diakhiri dengan perkongsian dari Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang, Ir. Roslina Bt Yusop. Dengan tajuk pembentangan JPS sebagai ‘Frontliner’ Banjir beliau membincangkan fungsi dan peranan JPS, perkongsian statistik semasa berkaitan banjir, jenis-jenis bencana banjir (banjir monsun, banjir kilat dan banjir pesisir pantai) serta penyebab utama berlakunya bencana banjir. Beliau turut menekankan prinsip dan perancangan JPS Pahang dalam mengatasi ancaman banjir buruk di negeri ini agar tidak berterusan, melalui pelan tindakan jangka masa pendek / panjang yang telah dirangka. Antara strategi yang telah dibentuk adalah menjalankan penstabilan tebing, penyelenggaraan infrastruktur secara berkala, Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) dan banyak lagi.

Diharapkan usaha Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama UCYP ini menjadi antara platform terbaik bagi membantu mencapai agenda kerajaan negeri. Semoga input yang diberi bermanfaat serta berupaya membangunkan pelan strategik kawalan bencana banjir serta menjadi satu penanda aras dalam memastikan kelestarian alam sekitar.

Ditulis oleh: Farah Hariaty Mohd Shukri

[vc_single_image image=”17242″ img_size=”full”]

Ucapan Aluan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddin, Naib Canselor UCYP & Penasihat Seminar Mitigasi Banjir: Strategi Untuk Kelestarian Alam Sekitar

[vc_empty_space]
[vc_single_image image=”17245″ img_size=”full”]

Majlis dirasmikan oleh YB. Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang

[vc_empty_space]
[vc_single_image image=”17248″ img_size=”full”]

Pembentangan utama Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, (Ketua Kluster Alam Sekitar & Kelestarian, Akademi Profesor Malaysia & Felo Penyelidik Utama Institut Alam Sekitar & Pembangunan – LESTARI, UKM)

[vc_empty_space]
[vc_single_image image=”17251″ img_size=”full”]

Perkongsian secara atas talian oleh Ir. Dr. Safari Bin Haji Mat Desa (Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai, NAHRIM)

[vc_empty_space]
[vc_single_image image=”17254″ img_size=”full”]

Sesi pembentangan oleh penceramah ketiga secara atas talian oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Fikri Bin Abdullah (Ketua Laboratori Ekosistem Akuatik dan Pengurusan I-AQUAS, UPM)

[vc_empty_space]
[vc_single_image image=”17257″ img_size=”full”]

Ir. Roslina Bt Yusop (Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang) menyampaikan input pembentangan beliau

[vc_empty_space]
[vc_single_image image=”17260″ img_size=”full”][vc_single_image image=”17280″ img_size=”full”]

Sesi soal jawab sepanjang Seminar Mitigasi Banjir: Strategi Untuk Kelestarian Alam Sekitar

[vc_empty_space]
[vc_single_image image=”17283″ img_size=”full”][vc_single_image image=”17286″ img_size=”full”][vc_single_image image=”17263″ img_size=”full”][vc_single_image image=”17266″ img_size=”full”][vc_single_image image=”17272″ img_size=”full”][vc_single_image image=”17269″ img_size=”full”][vc_single_image image=”17239″ img_size=”full”][vc_single_image image=”17275″ img_size=”full”]

Sekitar majlis Seminar Mitigasi Banjir: Strategi Untuk Kelestarian Alam Sekitar di Dewan Yayasan Pahang serta melalui platform ZOOM

[vc_empty_space]