Tahniah dan syabas diucapkan kepada University College of Yayasan Pahang (UCYP) atas kejayaan merangkul empat pingat dalam Kejohanan Sukan MASISWA Networking Games 2022 bertempat di UNITEN, Bangi pada 24 November yang lalu. Kejohanan pada kali ini melibatkan 43 orang atlet yang terdiri daripada kakitangan UCYP dengan 10 acara sukan yang dipertandingkan antaranya bola jaring, futsal, permainan catur, ping-pong, tenpin boling, dart dan beberapa lagi acara sukan.
Kejohanan pada kali ini merupakan antara momen bersejarah apabila UCYP berjaya merangkul 2 pingat emas melalui acara Tenpin Bowling (Perseorangan Wanita), Tenpin Bowling (Trio Campuran) dan acara Dart (Individu) manakala satu (1) pingat perak berjaya dimenangi menerusi acara Bola Jaring. Pencapaian kemenangan meraih 4 pingat ini telah berjaya menempatkan UCYP di kedudukan ke-4 dari 39 kontinjen Institusi Pengajian Tinggi Swasta seluruh Malaysia yang bertanding.
Perasmian Majlis Penutup Kejohanan Sukan MASISWA Networking Games 2022 telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari dan disertai oleh Naib Canselor UNITEN, wakil-wakil Universiti dan seluruh kontinjen yang menyertai Kejohanan Sukan MASISWA 2022. Upacara penyampaian hadiah ini turut disaksikan oleh YH. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin, Naib Canselor UCYP sebagai tanda sokongan beliau atas kejayaan kontingen UCYP.
Selain itu, UCYP turut meraih kemenangan dengan satu (1) pingat Perak dan dua (2) pingat Gangsa dalam Kejohanan Sukan MASISWA Zon Timur pada 2 hingga 4 Disember 2022 bertempat di TAR University of Management & Technology ( TAR UMT), Kuantan. Berbanding kejohanan di UNITEN, pertandingan peringkat Zon Timur ini, memfokuskan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi.
Kemenangan pingat Perak ini berjaya diraih melalui acara Ping Pong (Perseorangan Perempuan) manakala bagi dua (2) pingat Gangsa pula telah berjaya dimenangi oleh atlet Catur (Berpasukan) serta acara Badminton (Bergu Lelaki).
Semoga penyertaan UCYP dalam Kejohanan Sukan MASISWA Networking Games dan Zon Timur kali ini dapat meningkatkan semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan kakitangan dan para pelajar UCYP serta Institusi Pengajian Tinggi Swasta seluruh Malaysia. Ruang dan pendedahan yang diberikan oleh pihak UCYP kepada kakitangan dan pelajar , membuktikan keseimbangan yang ingin diterapkan dalam budaya kerja dan pembelajaran. Tahniah dan syabas atas kemenangan yang diperolehi.
Ditulis oleh: Nabihah Najwa Binti Noordin
Flag off Kontinjen UCYP ke Kejohanan Sukan MASISWA Networking Games UNITEN, Bangi
Kemenangan Pingat Emas
Acara Tenpin Boling (Perseorangan Wanita)
Nur Amani Binti Ibrahim
Kemenangan Pingat Emas Acara Tenpin Boling, Kategori Trio Campuran
Kemenangan Pingat Perak
Acara Ping Pong (Perseorangan Perempuan)
Nur Hasanah Mohd Adhha
Kemenangan Pingat Gangsa
Acara Catur (Berpasukan)
Nurul Izzaty Zulkifly, Nurul Farhana Wahida Zahari,
Nurul Faqihah Md Fuad dan Hanan Farihah Mohammad Redzuan
Kemenangan Pingat Gangsa
Acara Badminton (Bergu Lelaki)
Muhammad Iqmal Haziq Abd Rahim & Putera Aiman Danial Mohd Zuraidi
Perasmian Majlis Penutup
Kejohanan Sukan Masiswa Networking Games 2022 bertempat di Dewan Sri Sarjana, UNITEN Bangi