Bertempat di Kompleks Yayasan Pahang telah diadakan Majlis Perasmian Penutup Pahang Plantations & Commodities Festival & Symposium 2022 (PPCFestS’22) dan Pahang Commodities Exhibition of Innovation & Technology 2022 (PaCEIT’22) anjuran Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama University College of Yayasan Pahang (UCYP) dan Kolej Yayasan Pahang (KYP). Tiga rakan strategik yang turut sama menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini adalah Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Institut Kajian Perladangan (IKP), Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dan YP Plantation Holdings.

Tema yang dibawa untuk PPCFestS’22 adalah Plantations & Commodities for Sustainable Community. Antara lain, program ini bertujuan untuk mengetengahkan isu dan cabaran industri perladangan dan komoditi serta pendekatan oleh pihak kerajaan bagi mengatasinya di samping membincangkan halatuju dan masa depan industri perladangan dan komoditi di negeri Pahang. Selain itu, melalui PPCFestS’22 ia berupaya menggalakkan perkongsian pengalaman berkaitan dengan kaedah dan strategi yang cekap dalam menyelesaikan permasalahan dan cabaran terkini industri perladangan dan komoditi. Program ini turut mensasarkan untuk mewujudkan dan memantapkan interaksi dan kerjasama yang baik antara pemain industri perladangan dan komoditi di negeri Pahang di samping meneroka perkongsian kerjasama Research & Design dan teknologi terkini.

PPCFestS’22 telah pun bermula semenjak Julai lagi dengan Pertandingan Menulis Artikel yang dijalankan selama tiga bulan bermula 2 Julai sehingga 14 Oktober 2022. Tema yang dikupas adalah ‘Ke Arah Kelestarian Industri Perladangan & Komoditi Negara’. Dua kategori dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Pelajar (Institusi Pengajian Tinggi). Enam orang pemenang telah menggungguli pertandingan artikel kali ini iaitu Nazwan Bin Nazrun (Emas), Wahida Binti Zainuddin (Perak) dan Noor Faezah binti Md Shaid (Gangsa) yang masing-masing memenangi Kategori terbuka. Sementara itu, bagi Kategori Pelajar, pemenangnya adalah Muhammad Hazim bin Abd Halim (Emas), Aaizaatt Bin Azhar (Perak) dan Ryn Brenda Junaidy (Gangsa). Sementara dua orang juri terlibat adalah Yang Hormat Dato’ Mohd Anim bin Hosnam (Agronomis/Perunding Pertanian) dan Puan Nooshilawati binti Abdul Aziz (Pensyarah UiTM, Jengka Pahang). Pertandingan ini berjaya mencungkil idea dan pandangan masyarakat tentang isu semasa berkaitan dengan industri perladangan dalam bentuk ilmiah. Hasil penulisan ini akan dikumpul dan diterbitkan dalam bentuk e-buletin kelak.
Sementara itu, pada 4 Ogos yang lalu, telah berlangsungnya Simposium Industri Sawit Negeri Pahang 2022. Komoditi Sawit: Cabaran dan Masa Depan telah dipilih sebagai tema bagi tahun 2022. Simposium ini telah berjaya mengetengahkan dapatan dan perkongsian mengenai topik-topik dan isu-isu penting seperti masalah tenaga buruh, teknologi mekanisasi, impak kualiti baja, sumbangan minyak sawit negara serta cabaran masa hadapan sektor perladangan oleh wakil akademik serta pemain industri sawit di Malaysia. Ahli panel yang dijemput adalah Nik Rauzi bin Che Ya (YP Plantation Holdings – YPPH), Dr. Mohd Azwan bin Mohd Bakri (Malaysian Palm Oil Board – MPOB), Wan Abdul Halim bin Wan Ilias (LKPP Corporation Sdn Bhd), Hasbollah bin Suparyono (Malaysia Palm Oil CC dan Anuar bin Ahmad (Persatuan Alumni Perladangan UiTM).

Menutup tirai PPCFestS’22 adalah pertandingan dan pameran Inovasi Pahang Commodities Exhibition of Innovation & Technology 2022 (PaCEIT’22) yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 Disember 2022. Seramai hampir seribu pengunjung hadir bagi memeriahkan lagi PaCEIT’22. Pahang Commodities Exhibition of Innovation & Technology 2022 (PaCEIT’22) disertai oleh lebih tiga puluh orang peserta dari seluruh negeri di Malaysia termasuk negeri di bawah bayu, Sabah. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori terbuka dan Kategori Pelajar/Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, plak serta sijil penghargaan. Anugerah Inovasi Perdana menjadi buruan para peserta ekoran wang tunai yang dipertaruhkan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan hasil penyelidikan, “Myco-Coagulant for Food and Water Industries” oleh Dr Abdullah Al Mamun berjaya menggondol Anugerah Emas Inovasi Perdana bagi kategori terbuka. Sementara itu, Anugerah Emas Inovasi Perdana bagi kategori pelajar (IPT) dimenangi oleh pasukan Daniel Amani bin Noordin dari UniKL MFI dengan hasil inovasi “Multinode Agriculture Monitoring System (MAMS)”. Anugerah Perak Inovasi Perdana pula dimenangi oleh Profesor Madya Dr Mohd Rafein Bin Zakaria dari Institut Kajian Perladangan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan tajuk “Penghasilan Racun Kulat Organik PASELIS Berasaskan Sisa Industri Sawit” bagi kategori terbuka. Kategori pelajar (IPT) pula dimenangi oleh pasukan Muhammad Amirul Syafiq Bin Nasarudin dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan tajuk, “POULFIT 2.0: Evaluating The Performance of Solid Waste, Palm Kernel Cake (PKC), Palm Acid Oil (PAO) and Trichantera Gigantea (Ketum Ayam) as Animal Feed For Broiler”. Sementara Anugerah Gangsa Inovasi Perdana bagi kategori terbuka pula dibawa pulang oleh pasukan Noor Faezah Binti Md Shaid dari Department of Veterinar Services Pahang dengan tajuk penyelidikan “Pouch Bag Vaccine”. Kategori pelajar bagi Anugerah Gangsa Inovasi Perdana dibawa pulang oleh Sanjeev MP Ramao dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan tajuk “Sisa Makanan Menjadi Baja Lestari”.

UCYP dan KYP dengan jumlah tiga penyertaan diwakili oleh pasukan Muhammad Syafiq Bin Ahmad (KYP), Muhammad Hanis Abdul Razak (UCYP) bagi Kategori Terbuka dan pasukan Syafina Fasha Binti Saiful Anuar (KYP) bagi Kategori Pelajar. Masing-masing mendapat pingat gangsa dengan hasil penyelidikan atau inovasi “Pengawalan Tikus Ultrasonik”, “The Potentially of Md2 Pineapple (Ac9) With Local Brand Chocolate Agrofood Product Among Young Bumiputera Muslim Entrepreneurs Towards Halal Industry in Pahang” dan “Herbage Liquid Biofertilizer”.

Empat orang juri dilantik untuk menilai hasil penyelidikan dan inovasi 32 peserta. Para juri terdiri daripada para penyelidik profesional dalam industri perladangan dan komoditi serta ahli akademik yang menerima pendedahan luas dalam pertandingan inovasi negara. Mereka adalah Profesor Madya Dr Nazmi Bin Mat Nawi (IKP-UPM), Dr Mohd Azwan Bin Mohd Bakri (MPOB), Encik Md Alif Firhan Bin Md Ariffin (YPPH) dan Ts. Mohd Hamisa Bin Abdul Hamid (UCYP).

Acara pameran dan inovasi ini dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah dan hadiah eksklusif botol air PaCEIT’22 yang berjaya menarik ramai pengunjung ke tempat acara. Di samping itu, foodtruck turut disediakan bagi membolehkan pengunjung membeli-belah sambil berhibur dan mendapat ilmu pengetahuan. Persembahan menarik dan mempersonakan daripada para pelajar UCYP dan KYP seperti tarian tradisional dan moden, persembahan koir dengan lagu-lagu popular serta nyanyian solo dan duet turut menarik minat pengunjung. MPOB, FGV Agriservice Sdn Bhd dan LKPP Corporation Sdn Bhd turut membuka gerai jualan dengan produk-produk baja bio-organik, home-gardening dan produk isi rumah, makanan dan kosmetik berasaskan sawit.

PaCEIT’22 yang berlangsung selama dua hari ini mendapat maklum balas yang sangat baik daripada pengunjung dan pempamer atau peserta. Antara maklum balas yang diterima adalah program berbentuk inovasi ini berjaya dilaksanakan dengan lancar serta harus diteruskan lagi untuk masa akan datang. PaCEIT’22 ini juga berupaya memberi pendedahan tentang hasil penyelidikan dan inovasi kepada pelbagai golongan tidak kira yang sedia ada dalam industri atau institusi pengajian tinggi termasuk para pelajar aliran agama. Cadangan juga dibuat agar lebih banyak agensi-agensi kerajaan dan swasta perlu mengambil bahagian sama ada sebagai peserta atau rakan strategik.

Sementara itu, Majlis Perasmian Penutup Pahang Plantations & Commodities Festival & Symposium 2022 (PPCFestS’22) oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah berlangsung dengan jayanya dengan serahan hadiah-hadiah pemenang. Turut hadir adalah Yang Berhormat Dato’ Sri Salehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Tan Sri Abd Razak, Naib Canselor UCYP, Yang Hormat Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad bin Hj Zainuddin, Naib Canselor UMP, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin, ketua-ketua jabatan negeri Pahang serta ramai lagi. Di majlis yang sama, turut berlangsung pertukaran MoU antara UCYP dan Pertubuhan Pemupukan dan Pemerkasaan Rakyat (PEMEKAR). PEMEKAR diwakili oleh Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato’ Dr. Daing Nasir bin Daing Ibrahim.

Ditulis oleh
Farah Hariaty Mohd Shukri

[vc_single_image image=”18695″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18692″ img_size=”full”]

Perasmian Penutup Pahang Plantations & Commodities of Festival & Symposium (PPCFestS’22) dan Pahang Commodities Exhibition of Innovation & Technology 2022 (PaCEIT’22) oleh YAB Dato (Dr.) Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail

[vc_single_image image=”18761″ img_size=”full” alignment=”center”]

 Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara University College of Yayasan Pahang (UCYP) & Pertubuhan Pemupukan & Pemerkasaan Rakyat disaksikan oleh YAB Dato (Dr.) Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail

[vc_single_image image=”18707″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18713″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18716″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18710″ img_size=”full”]

Persembahan pelajar UCYP yang terdiri daripada Tarian, Koir, Taekwando dan persembahan solo

[vc_single_image image=”18719″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18722″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18722″ img_size=”full”]

Sesi Penyerahan Hadiah kepada Pemenang Cabutan Bertuah

[vc_single_image image=”18731″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18734″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18737″ img_size=”full”]

Sesi Penyampaian Hadiah kepada Barisan Pemenang Anugerah Inovasi Perdana Kategori Pelajar

[vc_single_image image=”18740″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18743″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18746″ img_size=”full”]

Sesi Penyampaian Hadiah kepada Barisan Pemenang Anugerah Inovasi Perdana Kategori Terbuka