Bukti komitmen universiti / kolej terhadap Integriti dan Antirasuah

KYP Education Sdn Bhd (KESB) terus memperoleh pencapaian cemerlang, khususnya dalam skop integriti dan governans. Pada 18 Januari 2023, KESB telah memenangi Anugerah Perak dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2022) bagi Peringkat Kebangsaan. Majlis Anugerah ini adalah bagi mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada sektor awam serta swasta yang menampilkan komitmen dalam pembudayaan dan amalan integriti dalam organisasi. Penganugerahan ini merupakan inisiatif dari Institut Integriti Malaysia (IIM) dan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia serta dihadiri oleh wakil-wakil dari pelbagai agensi dan institusi awam serta swasta. KESB dipilih menjadi antara institusi yang layak menerima penganugerahan ini, kerana skop penilaian yang merangkumi aspek pengurusan integriti dan governans, program-program kesedaran integriti dan pencegahan rasuah, serta penglibatan dalam kerjasama dan inisiatif berkaitan integriti serta governans ada dijalankan di KESB.

Kejayaan ini merupakan bukti komitmen KESB dalam memastikan aspek integriti dan governans ditekankan pada setiap proses pengurusan. Ia turut membuktikan usaha Yayasan Pahang di mana, hampir kesemua anak syarikatnya telah memenangi anugerah tersebut dalam kategori yang berbeza. Ini membuktikan kumpulan Yayasan Pahang, amat prihatin dalam pembudayaan dan penerapan integriti serta melaksanakan sistem kawalan dalaman pengurusan integriti bagi kesemua anak syarikat.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang sentiasa mengutamakan aspek integriti dan governans, KESB telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif yang bertujuan untuk memastikan pembelajaran dan kesedaran integriti ditekankan dalam kalangan pelajar dan staf. Antara program yang dijalankan oleh UCYP ialah kempen kesedaran integriti, bengkel pengurusan integriti dan governans, serta program kerjasama dengan pihak kerajaan mahupun agensi-agensi kerajaan atau swasta.

Anugerah ini menambahkan lagi koleksi kejayaan yang telah dicapai oleh KESB sebelum ini, dan diharap pencapaian ini dapat memberikan inspirasi serta motivasi kepada semua pihak untuk terus meningkatkan standard integriti dan governans dalam setiap bidang tugas yang dipertanggungjawabkan.

[vc_single_image image=”20006″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20009″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20000″ img_size=”full”]