Pada 12 Mei 2022, UCYP melalui Unit Jangkaan & Strategik telah menerima kunjungan daripada pihak Akar Indah Engineering Sdn. Bhd. dan Seibu Shoko Co. Ltd bagi membincangkan jalinan kerjasama bersama pihak UCYP. Pertemuan bermakna ini telah dihadiri oleh wakil syarikat dari Jepun Seibu Shoko Co. Ltd, serta Encik Mohd Yuzairin Md Yunus, Ketua Pegawai Eksekutif  Akar Indah Engineering Sdn. Bhd. Manakala UCYP diwakili oleh Encik Jalaluddin Bin Abdullah, Pendaftar, Prof. Madya Dr. Norasiha Binti Abd Hamid, Penolong Naib Canselor (Unit Jangkaan & Strategik), Dr. Tan Li Pin, Timbalan Naib Canselor (Rangkaian Industri & Penyelidikan), Puan Ainul Hayati Binti Yunus, Dekan Fakulti Sains, Kejuruteraan & AgroTeknologi dan Encik Nizam Naqiuddin Bin Ahmad Sobri, Dekan Fakulti Pembangunan Manusia.

Kunjungan ini adalah bagi membincangkan cadangan memperkenalkan NARA Society 5.0 Center di institusi pendidikan di Malaysia. Cetusan idea ini merupakan inisiatif oleh kerajaan Jepun di mana mereka berhasrat untuk  menggabungkan elemen inovasi teknologi dalam Revolusi Industri ke-4. Idea ini juga selaras dengan agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, iaitu Sustainable Development Goals (SDGs). Kerajaan Jepun ingin mewujudkan fenomena “super-smart society” bukan hanya di negara mereka malahan merangkumi seluruh dunia.

Pusat ini dijangka dibangunkan dalam kawasan universiti, dan tidak hanya memfokuskan kepada pembangunan industri 4.0 tetapi juga terhadap latihan dan inovasi untuk pembangunan insaniah. Menurut beliau Malaysia merupakan antara lokasi yang strategik dengan kepelbagaian ekonomi yang kukuh seterusnya berpotensi untuk muncul sebagai hub yang sangat penting bagi seluruh Asia Tenggara.

Oleh yang demikian diharapkan kunjungan ini berhasil bagi ketiga-tiga pihak dalam usaha melahirkan hubungan kerjasama yang strategik di peringkat antarabangsa.

 

Ditulis oleh: Farah Hariaty Mohd Shukri

[vc_empty_space][vc_single_image image=”17773″ img_size=”full” alignment=”center”]

Bersama pihak UCYP, Akar Indah Engineering Sdn. Bhd. dan Seibu Shoko Co. Ltd

[vc_empty_space][vc_single_image image=”17776″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_single_image image=”17779″ img_size=”full” alignment=”center”]

  Sesi pertukaran cenderamata di antara wakil institusi

[vc_empty_space][vc_single_image image=”17782″ img_size=”full” alignment=”center”]

Perkongsian dari pihak Seibu Shoko Co. Ltd