Yang Hormat Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah yang baharu KYP Education Sdn. Bhd. (KESB) bermula Mac 2023. Pelantikan beliau ini ialah bagi menggantikan pengerusi terdahulu Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri (Dr.) Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail selepas hampir 5 tahun mengetuai Lembaga Pengarah KESB sejak tahun 2018. Sedikit latarbelakang YH Dato’ Sri Hajah Shahaniza, beliau yang berpendidikan dalam bidang undang-undang di sebuah institusi pengajian tinggi awam pernah bertugas di bidang guaman sebelum bergiat aktif dalam bidang politik. Beliau juga pernah memegang jawatan Exco Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, dan telah dilihat sebagai antara pemimpin yang berjiwa rakyat, dan sentiasa memberi sumbangan khususnya dalam bidang pemerkasaan wanita. Beliau amat komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bukan sahaja untuk kesejahteraan wanita malah kepada golongan belia dan kanak-kanak.

Pada 4 April 2023 yang lalu, beliau telah mengadakan siri lawatan ke KESB buat pertama kalinya. Beliau turut berkelapangan untuk mengadakan satu pertemuan bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah KESB, sekaligus mengadakan lawatan ke kampus-kampus UCYP dan KYP. Turut diadakan adalah pertemuan bersama dengan Ketua-ketua Jabatan dan Dekan Fakulti UCYP dan KYP. Menerusi perkongsian yang disampaikan, beliau menyatakan hasrat untuk menjadikan universiti dan kolej di bawah KESB, sebagai pilihan utama pelajar lepasan SPM di negeri Pahang untuk menyambung pelajaran di peringkat tertinggi. Beliau juga berhasrat untuk meluaskan lagi jaringan dan menarik lebih ramai pelajar antarabangsa terutamanya dari China dan Indonesia. Justeru beliau menyeru agar warga KESB bersama -sama memberikan sepenuh komitmen dalam meningkatkan kredibiliti, visibiliti dan kualiti pendidikan UCYP dan KYP sebagai salah sebuah universiti swasta berprestij di negeri Pahang.

Seterusnya, lawatan yang dijalankan di Kampus Utama UCYP Tanjung Lumpur, Kampus Taman Gelora dan Kampus Taman Pertanian ini juga telah membuka beberapa dimensi baharu buat YH Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin untuk membantu memastikan fasiliti terbaik kepada para pelajar serta memperkasakan lagi peranan KESB dalam penjanaan pendapatan bagi kemajuan universiti dan kolej.

Melalui lantikan beliau ini, diharapkan kumpulan KESB dapat terus maju dan berkembang dalam bidang pendidikan, serta memberikan sumbangan yang lebih besar dalam industri pendidikan di Malaysia. Seterusnya menghasilkan graduan yang berkualiti dan kompetitif di pasaran pekerjaan serta mempunyai nilai tambah dalam pembangunan ekonomi negara. KESB mewakili seluruh warga kerjanya berbangga serta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas kepada YH Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin.

[vc_single_image image=”20223″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20220″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20217″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20214″ img_size=”full”]

Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah KYP Education Sdn. Bhd

[vc_single_image image=”20211″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20208″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20205″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20202″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20235″]

Sekitar lawatan ke kampus-kampus University College of Yayasan Pahang (UCYP) dan Kolej Yayasan Pahang (KYP)

[vc_single_image image=”20232″ img_size=”full “]
[vc_single_image image=”20229″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20226″ img_size=”full”]

Sesi bersama para dekan, ketua jabatan serta para pegawai UCYP dan KYP