UCYP University dengan bangganya telah menganjurkan Linguafest UCYP 2024, yang dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Norasiha binti Hamid, Timbalan Naib Canselor (Akademik). Program ini dianjurkan oleh para pelajar BLB 1723 English for Social Communication yang terdiri daripada pelajar Bachelor of Early Childhood Education (BCE) dan Bachelor of Visual Arts (BVA) semester 2. Dengan penyertaan yang meriah dan pengisian aktiviti yang pelbagai, Linguafest UCYP 2024 berjaya menarik minat dan penyertaan daripada pelbagai kumpulan pelajar. Antara objektif yang dibawa bagi program ini ialah menekankan kepentingan bahasa yang dapat dijadikan sebagai medium penyatuan. Hasrat untuk memperkenalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang mudah di samping seronok untuk digunakan turut dapat dijayakan. Linguafest UCYP 2024 menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang berjaya menarik penyertaan seramai 138 orang. Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuk pencarian Harta Karun, Persembahan Bakat yang menyaksikan penyertaan seramai 9 peserta dari dalam dan luar UCYP. Pertunjukan bakat ini menampilkan pelbagai persembahan lagu dalam bahasa Inggeris, Melayu, dan Mandarin. Aktiviti Sand Art dan mewarna direka khas untuk kanak-kanak demi mengasah kreativiti mereka. Kemahiran bahasa melalui interaksi dan permainan turut dapat diperkenalkan. Menerusi ucapan Prof. Madya Dr. Norasiha binti Hamid beliau menyatakan bahawa Linguafest UCYP 2024 merupakan platform yang hebat untuk menggalakkan pelajar dan masyarakat memahami kepentingan bahasa dalam kehidupan seharian. Beliau juga memuji usaha para pelajar BCE dan BVA semester 2 yang berjaya menganjurkan acara yang berimpak tinggi dan bermakna. Linguafest UCYP 2024 berjaya mencapai matlamatnya untuk menekankan kepentingan bahasa sebagai medium penyatuan dan memperkenalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang menyeronokkan. Melalui aktiviti yang dijalankan, para peserta dapat melihat bagaimana bahasa boleh menyatukan pelbagai latar belakang budaya dan menjadi medium yang efektif dalam komunikasi. Dengan penyertaan yang memberangsangkan, Linguafest UCYP 2024 membuktikan bahawa bahasa adalah perantara yang berkesan untuk menyatukan masyarakat pelbagai budaya.
Program dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Norasiha binti Hamid, Timbalan Naib Canselor (Akademik) UCYP University
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang Linguafest UCYP 2024