Kursus Intensif Bahasa Arab atau lebih dikenali sebagai KIBA merupakan salah satu program yang ditawarkan di University College of Yayasan Pahang (UCYP) dan Kolej Yayasan Pahang (KYP) sejak sekian lama. Program ini merupakan hasil kerjasama antara UCYP dan beberapa universiti di Timur Tengah seperti Universiti Yarmouk, Universiti Mu’tah dan Universiti Al-Bayt di Jordan. Program ini mendapat tajaan penuh dari Yayasan Pahang, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Sabah dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program Kursus Intensif Bahasa Arab ini telah wujud di UCYP-KYP sejak tahun 1992 lagi yang mana ia merupakan program persediaan Bahasa Arab untuk para pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian di Timur Tengah seperti Mesir, Jordan dan Morocco. UCYP-KYP komited dalam memastikan program persediaan ke Timur Tengah ini terus berjaya melahirkan ilmuwan yang bukan sahaja bersifat komprehensif tetapi juga kompetitif setaraf dengan program-program persediaan Bahasa Arab yang lain.

Sebagai penghargaan, telah diadakan majlis minum petang bagi meraikan kesemua yang terlibat dalam pelaksanaan program KIBA UCYP-KYP menerusi Majlis Apresiasi KIBA 2022 & Kick Off KIBA 2023 bertempat di Hotel Megaview, Kuantan pada 31 Mei 2023 yang lalu. Majlis Apresiasi ini dihadiri oleh semua kakitangan akademik dan kakitangan bukan akademik UCYP-KYP yang banyak membantu para pelajar KIBA sepanjang program itu berlangsung. Majlis ini juga diadakan bagi membugar kembali semangat seluruh kakitangan untuk menyambut kehadiran pelajar baharu KIBA yang akan mendaftar tidak lama lagi.  Majlis Apresiasi KIBA 2022 & Kick Off KIBA 2023 ini diserikan dengan kehadiran wakil rasmi Yang Hormat Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KYP Education Sdn. Bhd. iaitu Yang Hormat Dato’ Dr Ismail Bin Abd Aziz, Ahli Lembaga Pengelola UCYP. Turut hadir, Yang Berbahagia Encik Airulamri Bin Amran, Ketua Pegawai Korporat Yayasan Pahang yang merupakan salah satu organisasi penaja program KIBA UCYP-KYP.

Profesor Madya Ts. Dr. Hafizan Mat Som, Timbalan Naib Canselor (Pemajuan Akademik & Kualiti),UCYP dalam ucapannya menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua tenaga pengajar khususnya dari Pusat Al-Bayt Al-Arabiy dan seluruh kakitangan dari pelbagai jabatan lain yang bertungkus-lumus, bergabung tenaga dalam memastikan Program Kursus Intensif Bahasa Arab UCYP-KYP terus menjadi salah satu program yang menjadi permintaan di UCYP-KYP. Tambahnya lagi, persiapan bagi menerima ambilan baru pelajar KIBA pada bulan Ogos ini perlu diberikan perhatian baik dari segi sistem, fasiliti atau modul pembelajaran. Yang Hormat Dato’ Dr Ismail Bin Abd Aziz, Ahli Lembaga Pengelola UCYP, dalam ucapannya turut meluahkan rasa bangga atas kejayaan UCYP dan KYP dalam melahirkan para pelajar yang berkredibiliti tinggi. Semoga program Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) terus cemerlang dalam melahirkan para pelajar berkualiti tinggi di samping terus konsisten dan proaktif dalam meningkatkan kecemerlangan program.

[vc_single_image image=”20458″ img_size=”full”]
[vc_single_image img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20452″ img_size=”full”]

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Hormat Dato’ Dr Ismail Bin Abd Aziz, Ahli Lembaga Pengelola UCYP dan Yang Berbahagia Encik Airulamri Bin Amran, Ketua Pegawai Korporat Yayasan Pahang

[vc_single_image image=”20449″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20446″ img_size=”full”]

Penghargaan untuk kerjasama semua jabatan dalam menjayakan Program Kursus Intensif Bahasa Arab yang menjadi permintaan di UCYP-KYP

[vc_single_image image=”20443″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20440″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20437″ img_size=”full”]

Sekitar suasana Majlis Apresiasi KIBA 2022 & Kick Off KIBA 2023