UCYP terus mengorak langkah dalam mengukuhkan pembangunan institusi ini bersama industri melalui jalinan kerjasama memorandum persefahaman. Majlis yang bermakna ini diadakan pada 27 Mei 2022, telah dihadiri oleh industri yang terlibat iaitu YH. Dato’ Majid Bin Mohamad, Pengerusi Skillseed Sdn Bhd, YBhg. Dr. Raihan Bt Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Skillseed Sdn Bhd, Johnson Chang, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Glove Holdings Berhad, Law Eng Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Green Afforestation International Network Sdn. Bhd. serta barisan delegasi industri masing-masing.  Selain itu, majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur bt Mohd Nur sebagai saksi serta barisan pengurusan UCYP, kakitangan dan para pelajar antarabangsa dari negara China dan Bangladesh.

Menerusi ucapan pembukaan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin, Naib Canselor UCYP, antara objektif yang disasarkan melalui jalinan kerjasama ini adalah kolaborasi yang strategik antara universiti dan pengamal industri. Perkara ini seterusnya diharap dapat menyumbang kepada pembangunan negeri Pahang dalam penjanaan ekonomi dengan mewujudkan pelbagai peluang yang bermanfaat kepada UCYP dan syarikat, industri, pelajar, graduan dan komuniti. Selain itu, ia turut membuka lebih banyak ruang dalam peningkatan kemahiran insaniah khususnya kepada pelajar UCYP untuk menjalani latihan industri di organisasi terbabit. Ini secara tidak langsung dapat memberi gambaran sebenar tentang alam pekerjaan kepada para pelajar.

Majlis turut diserikan dengan pelancaran program Pensijilan Kelayakan-Mikro UCYP yang dikendalikan oleh Pusat Pasca Siswazah. Antara program yang ditawarkan merangkumi Asas Pengurusan Halal, Peningkatan Kemahiran Digital, Asas Pengetahuan Statistik, Rekabentuk Kreatif, Pengurusan Pemasaran dan Tips Usia Emas kanak-Kanak.

Diharapkan kerjasama yang terjalin ini akan dijadikan nilai tambah kepada graduan UCYP di samping tampil sebagai inisiatif yang lebih strategik ke arah pembangunan intelektual, sosial dan ekonomi negeri Pahang.

 

Ditulis oleh: Farah Hariaty Mohd Shukri

[vc_empty_space height=”35px”][vc_single_image image=”17790″ img_size=”full” alignment=”center”]

Kenangan bersama ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman UCYP bersama industri

[vc_empty_space height=”35px”][vc_single_image image=”17793″ img_size=”full” alignment=”center”]

Upacara menandatangani memorandum persefahaman disaksikan oleh Tan Sri’ Dato Sri Dr. Noorul Ainur bt Mohd Nur, Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP

[vc_empty_space height=”35px”][vc_single_image image=”17808″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_single_image image=”17805″ img_size=”full” alignment=”center”]

Sesi pertukaran dokumen MoU bersama rakan industri

 

[vc_empty_space height=”35px”][vc_single_image image=”17802″ img_size=”full” alignment=”center”]

Pelancaran gimik Program Pensijilan Kelayakan-Mikro UCYP

 

[vc_empty_space height=”35px”]

 Sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman UCYP bersama industri