Keprihatinan UCYP dalam mengangkat isu kelestarian alam sekitar terus diterjemahkan dalam program-program berbentuk perkongsian ilmu dari kalangan ahli akademik dan aktivis bebas. Pejabat Timbalan Naib Canselor (Rangkaian Industri & Penyelidikan) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr. Tan Li Pin telah berusaha menjalankan siri webinar berkaitan cabaran dalam mengawal isu alam sekitar melalui pendekatan kemajuan teknologi. Webinar yang dijalankan pada 09 Jun 2022 telah berjaya mengumpul lebih 110 penglibatan dari pelbagai institusi pengajian tinggi, ketua-ketua kerajaan dan bukan kerajaan juga orang-orang perseorangan yang berminat dengan tajuk yang ditampilkan.

Webinar ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff. Menerusi ucapan beliau,  isu climate change yang dibincangkan di Glasgow 2021 mendapat perhatian yang khusus  di peringkat global. Kesan Climate change seperti pemanasan global dan perubahan iklim yang tidak menentu seharusnya tidak dipertanggungjawabkan kepada badan-badan yang mengawal kesejahteraan alam sekitar sahaja. Seharusnya usaha bersama kesemua pihak perlu dikoordinasi atau diselaraskan dan sokongan daripada agensi awam dan swasta dalam mengatasi isu tersebut. Selain itu menurut beliau pelbagai inisiatif dalam perkembangan teknologi telah diusahakan bagi mengatasi serta mengawal kesan bencana alam sekitar contohnya sistem sensor kawalan alam sekitar bagi kualiti udara dan air, penggunaan satelit dan drone bagi memantau kawasan-kawasan yang mengalami pencemaran serta pengenalan pusat kawalan dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang dijangka mampu untuk mengurangkan atau memberi amaran awal akan bencana yang  bakal berlaku.

Webinar ini telah berjaya mengumpul seramai lima penceramah yang merupakan pakar-pakar dalam bidang teknologi alam sekitar yang terdiri daripada Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Bin Abdul Hamid, pemegang kerusi Tun Hussein dalam Hubungan Antarabangsa juga Felo Kehormat Tun Ghazalie Shafie – Institute for Strategic Leadership (TGS-ISL). Selain itu, webinar ini turut berjaya mengumpul ahli akademik selaku panelis iaitu Professor Dr. Roslan Zainal Abidin, Elite International College, Malaysia; Profesor Madya Dr. Jingxiang Low, University of Science and Technology of China; Profesor Dr. Olim Ruzimuradov, Turin Polytechnic University, Uzbekistan dan Dr. Sujitra Vassanadumrongdee, Chulalongkorn University, Thailand.

Diharapkan perkongsian daripada barisan panelis ini dapat membina pelan tindakan yang lebih komprehensif serta hala tuju penyelidikan dalam usaha memperkasa negeri Pahang ke arah kelestarian alam sekitar.

 

Ditulis oleh: Farah Hariaty Mohd Shukri

[vc_empty_space height=”35px”][vc_single_image image=”17836″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_single_image image=”17839″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_single_image image=”17842″ img_size=”full” alignment=”center”]

Sesi bergambar bersama tetamu kehormat, panelis dan peserta bagi Webinar on Global Environmental Sustainability Challenges:Handling Environmental Issues with Advanced Technology

 

[vc_empty_space height=”35px”][vc_single_image image=”17845″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_single_image image=”17848″ img_size=”full” alignment=”center”]

Sesi pembentangan dari panelis utama Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Bin Abdul Hamid

[vc_empty_space height=”35px”]

Sesi pembentangan bersama panelis iaitu Profesor Dr. Olim Ruzimuradov, Profesor Madya Dr. Jingxiang Low, Professor Dr. Roslan Zainal Abidin dan Dr. Sujitra Vassanadumrongdee