Pada 30 Mei 2024 Jabatan Jaringan Industri dan Penempatan Kerjaya (JJIPK), KYP Education Sdn Bhd (KESB) telah menganjurkan Majlis Minum Petang Inspirasi Bersama Industri yang berlangsung di Dewan Aqua Crystal, Kampus Utama UCYP University. Program ini telah berjaya menarik hampir 50 wakil industri dari pelbagai sektor seperti perladangan, pelancongan, pendidikan, pembuatan dan banyak lagi. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memperluaskan jaringan industri dan meningkatkan peluang kerjaya bagi para pelajar UCYP University dan Kolej Yayasan Pahang (KYP). Di samping itu, matlamat penganjuran adalah bagi memperkasa kualiti graduan institusi pengajian tinggi agar mereka mampu memenuhi keperluan industri yang semakin kompetitif. Kerjasama yang lebih erat bersama pihak industri dapat dijalin dengan menyediakan platform yang terbaik bagi pelajar mengasah kemahiran dan pengetahuan sebelum menceburi alam pekerjaan. Antara pengisian yang disediakan adalah pelancaran Pusat Pengajar Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Acara ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Encik Wan Bakhtiar bin Wan Manas, Pegawai Khas merangkap wakil rasmi Yang Berhormat EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, serta Yang Hormat Dato’ Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Education Sdn. Bhd. Penubuhan pusat ini adalah satu langkah proaktif di bawah KESB dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan menjadi salah satu aspek penting yang diberi penekanan dalam latihan dan pembelajaran. Selain itu, Program Inspirasi Bersama Industri turut diisi dengan pelbagai sesi perkongsian ilmu dan pengalaman daripada agensi-agensi penting seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pahang, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pahang, Talent Corporation Malaysia, dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pahang. Perkongsian ini memberi penekanan terhadap keperluan dan peluang yang disediakan oleh pihak industri dalam bidang kerjaya. Dengan penganjuran Program Inspirasi Bersama Industri, KESB berharap agar inisiatif ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak kerjasama yang produktif antara institusi pendidikan dan sektor industri. Usaha seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada institusi pengajian tinggi untuk meneroka dan memenuhi keperluan industri malah memperkasa kualiti graduan UCYP University dan KYP agar lebih berpengetahuan, mempunyai kemahiran tinggi serta lebih berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

[vc_single_image image=”23905″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23906″ img_size=”full”]

Ucapan dari YH. Dato’ Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Pengerusi Lembaga Pengarah KYP Education Sdn. Bhd serta Encik Wan Bakhtiar bin Wan Manas, Pegawai Khas merangkap wakil rasmi YB EXCO Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang

[vc_single_image image=”23907″ img_size=”full”]

Pelancaran Pusat Pengajar Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

[vc_single_image image=”23908″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23909″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23910″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23911″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23912″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23913″ img_size=”full”]

Sesi perkongsian dan soal jawab dari wakil-wakil industri dan tetamu

[vc_single_image image=”23915″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23916″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23917″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23918″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23919″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23920″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23921″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23922″ img_size=”full”]

Sekitar Majlis Minum Petang Inspirasi Bersama Industri anjuran Jabatan Jaringan Industri dan Penempatan Kerjaya (JJIPK), KYP Education Sdn Bhd (KESB)