Pada 14 September 2022, UCYP sekali lagi diberi kepercayaan oleh Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahangdan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri untuk menjayakan Pelancaran Blueprint Pelan Pengurusan Strategik Alam Sekitar Negeri Pahang yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama UCYP. Blueprint ini, merupakan satu pelan strategik yang dirangka dalam memastikan keseimbangan aktiviti sektor utama dan pengurusan alam sekitar di Negeri Pahang. Pelan ini bakal menjadi rujukan serta arah tuju kepada pihak pentadbir khususnya agensi-agensi kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan, sektor industri dan perniagaan bagi memastikan pembangunan yang dijalankan berpandukan aspek pengurusan strategik alam sekitar dan kelestarian sumber alam agar tidak menjadi penyumbang kepada pencemaran dan seterusnya menjejaskan kualiti alam sekitar di negeri Pahang.

Menurut YB. EXCO Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin,  beliau amat prihatin dan komited terhadap kelestarian alam sekitar khususnya dalam memastikan sumber alam terjaga dan terpelihara. Penghasilan Pelan Pengurusan Strategik Alam Sekitar, diharap dapat membantu dalam  mengenal pasti permasalahan dan cabaran yang dihadapi sektor-sektor utama dan ianya lebih bersasar mengikut setiap daerah di negeri Pahang. Beliau turut berhasrat agar kesemua dasar-dasar strategik yang dibangunkan dapat ditempatkan dibawah Pahang Ecology Research Centre yang bertindak sebagai pusat data untuk negeri Pahang.  Selain itu YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail turut berkongsi bahawasanya kerajaan negeri amat komited untuk menjaga alam sekitar berdasarkan keluasan rizab Hutan Simpanan Kekal yang diperuntukkan adalah berkeluasan 1.59 juta hektar dan bagi kawasan berhutan yang masih dikekalkan ialah seluas 2.04 juta hektar. Angka tersebut menunjukkan  57 peratus daripada luas kawasan di negeri Pahang masih dipelihara akan keseimbangannya.

Seterusnya majlis ini turut bermakna dengan upacara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)  antara University College of Yayasan Pahang (UCYP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bertujuan untuk mencapai persefahaman dan kesepakatan di antara institusi terutamanya dalam bidang akademik, kemahiran dan kepimpinan khususnya dalam bidang  pengurusan alam sekitar dan teknologi hijau. Jalinan hubungan strategik antara University College of Yayasan Pahang (UCYP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bakal memberi impak yang signifikan terutamanya dalam memperkasakan kelestarian alam sekitar melalui kepimpinan dan tadbir urus strategik demi generasi akan datang.

Diharapkan jalinan kerjasama antara institusi ini dapat memajukan lagi sektor pendidikan melalui usaha sama dalam penyelidikan dan perkongsian idea di samping memberi impak positif dalam menyokong agenda tempatan dan global terhadap kelestarian alam sekitar. Semoga usaha ini turut meletakkan UCYP antara institusi pengajian tinggi yang berdaya saing melalui budaya yang sentiasa mencari kelainan dan mendahului.

 

Ditulis oleh: Farah Hariaty Mohd Shukri

[vc_single_image image=”18325″ img_size=”full”]

Ucapan aluan Naib Canselor UCYP, YH. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Hj. Zainuddin

[vc_single_image image=”18328″ img_size=”full”]

Ucapan YB. EXCO Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Mohd. Sharkar bin Haji Shamsudin

[vc_single_image image=”18331″ img_size=”full”]

Ucapan oleh YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, dalam Majlis Pelancaran Blueprint Pelan Pengurusan Strategik Alam Sekitar Negeri Pahang & Majlis Menandatangani MoU antara UCYP & UIAM

[vc_single_image image=”18334″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18337″ img_size=”full”]

Penyerahan Blueprint Pelan Pengurusan Strategik Alam Sekitar Negeri Pahang  kepada YAB. Menteri Besar Pahang

[vc_single_image image=”18340″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18343″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18346″ img_size=”full”]

Upacara Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara University College of Yayasan Pahang (UCYP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang turut disaksikan barisan tetamu kehormat

Sekitar Majlis Pelancaran Blueprint Pelan Pengurusan Strategik Alam Sekitar Negeri Pahang & Majlis Menandatangani MoU antara UCYP & UIAM.