Pada 9 Ogos 2024, UCYP University telah menganjurkan Majlis Pelancaran Kursus Kepimpinan Wanita Berinovasi – ๐˜ž๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ด ๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜“๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด (WANLeads), bertempat di Auditorium Kampus Utama, Tanjung Lumpur. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Tun Ghazali Shafie Institute for Strategic Leadership (TGS-ISL) dan Kerajaan Negeri Pahang melalui Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang. WANLeads merupakan program yang bertujuan untuk menghasilkan barisan kepimpinan wanitaย  yang berinovatif dan berdaya saing bertepatan dengan keperluan dalam dunia yang serba mencabar kini.ย 

Program yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sabariah binti Saidan, EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang turut dihadiri oleh Majlis Pembangunan Wanita Pahang, Majlis Tindakan Sosial dan Majlis Belia Negeri Pahang serta National Council of Womenโ€™s Organisation (NCWO). Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Noorul Ainur binti Mohd Nur, Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP University, dan YH Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Naib Canselor UCYP University serta tetamu kehormat yang lain.ย 

Menerusi ucapan Yang Berhormat Dato’ Sabariah binti Saidan, komposisi wanita di Pahang telah membentuk 49.5% daripada penduduk negeri ini, namun golongan wanita masih lagi berdepan cabaran dalam pekerjaan, pendidikan, dan kesihatan, khususnya dalam sektor berteknologi tinggi dan kepimpinan. Pelbagai inisiatif telah digerakkan oleh Kerajaan Negeri Pahang antaranya peningkatan kemahiran, insentif keusahawanan, dan pusat perlindungan wanita dalam memartabatkan kedudukan wanita di negeri ini. Beliau menyeru para peserta, untuk mengambil peluang ini bagi memperkukuhkan kemahiran kepimpinan mereka kerana kepimpinan yang inovatif adalah kunci untuk menghadapi cabaran dunia moden sebagaimana contoh ikon-ikon wanita tempatan seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin dan Tan Sri Noorul Ainur Mohd Nur yang berperanan besar dalam memperkasakan wanita.ย 

Program WANLeads, yang dirangka dari Ogos hingga November 2024, disusun dalam tiga fasa utama yang melibatkan peserta wanita berumur 19 hingga 40 tahun dari seluruh negeri Pahang.ย Fasa pertama akan melibatkan dua siri bengkel yang diadakan untuk 40 peserta bagi setiap siri, dengan modul khas yang memberi tumpuan kepada kesihatan fizikal & mental; perkongsian tokoh; komunikasi & kepimpinan berinovasi; digital & teknologi serta gaya & penampilan. Hanya 30 peserta terbaik dari dari 80 peserta akan meneruskan perjalanan ke Fasa 2 dan akan melalui sesi tugasan yang lebih mendalam dan komprehensif serta mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari. Seterusnya kemuncak program WANLeads ini adalah pada Fasa 3 di mana hanya 10 peserta terbaik akan diberikan ruang untuk membuat pembentangan yang dinilai oleh panel pakar. Mereka akan diberikan bimbingan lanjut dalam memperhalusi kemahiran kepimpinan mereka untuk memimpin secara efektif dalam masyarakat.

Diharapkan WANLeads mampu memberi impak yang besar dalam usaha memperkasa wanita di negeri ini dan diharapkan dapat terus memberi ruang kepada wanita-wanita Pahang untuk belajar, berkembang, dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat, selaras dengan visi UCYP University untuk membina generasi pemimpin masa depan yang berdaya tahan dan berinovatif.

[vc_single_image image=”24278″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24281″ img_size=”full”]

Kiri: Ucapan perasmian oleh YB. Dato’ Sabariah binti Saidan,
EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang
Kanan: Aluan daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Noorul Ainur binti Mohd Nur,
Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP University

[vc_single_image image=”24284″ img_size=”full” alignment=”center”]

Taklimat pengenalan program oleh Puan Suhaila Hj. Mukhtar,
ย Pengarah Tun Ghazali Shafie Institute for Strategic Leadership (TGS-ISL)

[vc_single_image image=”24287″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24290″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24293″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24296″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24299″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”24302″ img_size=”full”]

Sorotan Majlis Pelancaran Kursus Kepimpinan Wanita Berinovasi – ๐˜ž๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ด ๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜“๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด (WANLeads)