Kursus Intensif Bahasa Arab (KIBA) bagi sesi 2024/2025 telah melabuhkan tirainya pada 28 Januari 2025 menerusi Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil yang berlangsung di UCYP University. Majlis ini disempurnakan oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan komitmen para pelajar sepanjang tempoh pembelajaran.

KIBA, yang berlangsung selama enam bulan, melibatkan 103 pelajar di bawah Young Talent Programme (YTP) tajaan MARA serta 20 pelajar tajaan Yayasan Pahang. Kursus ini bukan sahaja bertujuan memperkukuh penguasaan bahasa Arab, tetapi juga menitikberatkan pembangunan kepimpinan dan kefahaman budaya Timur Tengah. Seiring dengan matlamat ini, sesi KIBA 2024/2025 turut memperkenalkan modul Innovative Leadership for Young Leaders dengan kerjasama Tun Ghazali Shafie Institute for Strategic Leadership (TGS-ISL). Modul ini, yang disampaikan oleh Pengarah TGS-ISL, Puan Suhaila Hj Mukhtar, menekankan kepentingan kualiti dan integriti dalam kepimpinan, pendekatan inovatif dalam menyelesaikan cabaran, serta perspektif kepimpinan yang lebih dinamik dan berdaya saing.

Menerusi ucapan Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, beliau menekankan kepentingan pelajar tajaan MARA yang melanjutkan pengajian ke Jordan dalam memperkukuh ekosistem halal Malaysia. Beliau menegaskan bahawa sektor ini memerlukan lebih ramai tenaga pakar dalam Fiqh dan Usul Fiqh bagi memastikan tadbir urus yang mantap dan kawalan proses yang efektif. Sehubungan itu, MARA turut mempertimbangkan peningkatan jumlah pelajar tajaan ke Jordan bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor ini. Dalam konteks ini, 103 pelajar tajaan MARA yang menamatkan program KIBA akan melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di Jordan, termasuk Universiti Jordan, Universiti Al Albayt, dan Universiti Mu’tah.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP University, Naib Canselor UCYP University, YH Profesor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, serta beberapa tetamu kehormat lain. Kehadiran mereka memberikan sokongan moral kepada para pelajar sebelum mereka meneruskan pengajian ke luar negara. Sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan pelajar, beberapa anugerah khas telah disampaikan, antaranya Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan kepada Muhammad Zaheen bin Azimi dan Noor Adlina binti Yusri, Hadiah Kecemerlangan Akademik kepada Muhammad Iman Muhaimin bin Mohd Lazin dan Ezza Natasha binti Aminuddin, serta Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum kepada Muhammad Nazrul Iman bin Asli dan Qurratul Ain binti Mohd Fairus.

Majlis penutup ini bukan sekadar meraikan pencapaian pelajar, tetapi turut mencerminkan peranan UCYP University dalam melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Dengan persiapan yang rapi melalui program KIBA, para pelajar kini lebih bersedia untuk menghadapi cabaran akademik dan kehidupan di Jordan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk mereka terus cemerlang dalam pengajian serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara pada masa hadapan.

[vc_single_image image=”25490″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25493″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25496″ img_size=”full”]

Ucapan sempena Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Tamat KIBA Sesi 2024/2025 oleh

Profesor Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Naib Canselor UCYP University (kiri); Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP University (tengah); dan Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA (kanan)

[vc_single_image image=”25499″ img_size=”full”]

Simbolik budaya Timur Tengah dalam menyambut dan memuliakan kedatangan tetamu

[vc_single_image image=”25505″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25508″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25511″ img_size=”full”]

Sesi Flag Off meraikan pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Jordan, Universiti Al Albayt, dan Universiti Mu’tah

[vc_single_image image=”25514″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25517″ img_size=”full”]

Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan kepada Muhammad Zaheen bin Azimi dan Noor Adlina binti Yusri atas pencapaian cemerlang mereka

[vc_single_image image=”25520″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25523″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25549″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25552″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25526″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25535″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25538″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25541″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”25544″ img_size=”full”]

Sorotan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Tamat KIBA Sesi 2024/2025