Yayasan Sime Darby dengan kerjasama UCYP University dan Pertubuhan Pemupukan dan Pemerkasaan Rakyat (PEMEKAR), telah berjaya mengadakan Majlis Serahan Bantuan Persekolahan “Back To School” pada 9 Mac 2024 di Kampus Utama UCYP Tanjung Lumpur. Majlis yang cukup bermakna ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang. Turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Prof. Dr Noorul Ainur binti Mohd Nur, Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP University; YH Prof, Emeritus Dato’ Sri Dr. Daing Nasir bin Daing Ibrahim, Pengerusi PEMEKAR; YBhg En. Muhammad Hafizudim Mohd Arif, Ketua Projek, mewakili Yayasan Sime Darby; dan YBhg En. Mohammad Ishak, Pengurus Estet Jabor mewakili Regional Pahang, Sime Darby Plantation Berhad.

Kerjasama ini merupakan inisiatif kali kedua oleh UCYP University, Yayasan Sime Darby dan PEMEKAR dalam membantu untuk meringankan beban bagi keluarga yang kurang berkemampuan khususnya dalam menampung perbelanjaan persiapan ke sekolah. Pada kali ini, sejumlah 33 buah keluarga telah menerima bantuan dan manfaat dalam bentuk kelengkapan persekolahan bagi anak-anak mereka yang akan memulakan sesi persekolahan baharu pada 11 Mac 2024 nanti. Antara sumbangan yang disediakan seperti pakaian dan beg sekolah serta kelengkapan alat tulis.

Yayasan Sime Darby selaku penyumbang utama, mengharapkan agar bantuan ini dapat meringankan beban keluarga dan memberi keceriaan kepada anak-anak ketika memulakan sesi persekolahan yang baharu. Kepercayaan bahawa setiap pelajar memerlukan pendidikan yang berkualiti, menjadi asas bagi kerjasama berterusan antara UCYP, Yayasan Sime Darby dan PEMEKAR untuk terus menyokong keperluan golongan yang kurang berkemampuan. Selamat kembali ke sekolah!

[vc_single_image image=”23516″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23516″ img_size=”full”]

Ketibaan Tetamu Kehormat, YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Najib, EXCO Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang

[vc_single_image image=”23519″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23522″ img_size=”full”]

Ucapan Perasmian oleh YB. Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang

[vc_single_image image=”23525″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23528″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23531″ img_size=”full”]

Penyampaian Sumbangan Kepada Penerima Bantuan “Back To School”