“Seorang pemimpin adalah orang yang mengetahui jalan, melewati jalan tersebut, dan menunjukkan jalan itu kepada orang lain” [John C. Maxwell]
Menjadi seorang pemimpin bukanlah satu hal yang mudah. Kepimpinan datang dengan amanah dan tanggungjawab. Namun ilmu kepimpinan ini adalah ilmu yang signifikan dalam usaha membentuk jati diri dan identiti seorang mahasiswa yang berwibawa. Tahun ini sekali lagi sesi kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UCYP diambil alih oleh pelajar-pelajar yang baru sahaja memenangi kerusi pilihanraya kampus. University College of Yayasan Pahang, UCYP mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada barisan baru kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UCYP sesi 2023/2024. UCYP melalui Pusat Perhubungan Siswa UCYP telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan dan Upacara Ikrar Jawatan kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang baharu. Majlis tersebut diadakan bertempat di Auditorium Utama, Kampus Utama, UCYP.
Majlis Watikah Pelantikan & Ikrar Jawatan ini merupakan satu simbolik dan permulaan buat seluruh MPP untuk memulakan tugas dan amanah mengangkat suara mahasiswa dan meningkatkan pembangunan potensi mahasiswa. Seramai 14 wakil pelajar telah diangkat usai pilihanraya kampus kali ini. Sidang kepimpinan 2023 akan diketuai oleh Saudara Khairul Anuar Bin Zaid, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Islam dan Perniagaan Halal, UCYP. Dalam ucapannya, beliau menekankan beberapa perkara, salah satunya ialah berkenaan dengan integriti. Selaras dengan matlamat UCYP untuk menjadikan UCYP sebagai sebuah institusi pendidikan yang berintegriti tinggi, beliau menekankan agar semua perwakilan pelajar sesi ini agar menjauhkan diri dari terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan kuasa. Di bawah pimpinannya, beliau mengharapkan kerjasama dan komitmen seluruh barisan perwakilan pelajar agar segala perancangan dan isu-isu yang timbul dapat ditangani dengan professional dan berhemah tinggi.
Naib Canselor UCYP, Yang Hormat Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Bin Haji Zainuddin dalam ucapan beliau sebelum menyampaikan watikah pelantikan kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 turut menggariskan beberapa ciri penting yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin. Salah satu dari ciri tersebut adalah profesional dan bertanggungjawab. Setiap permasalahan yang timbul perlu di atasi dengan cara yang profesional dan bukan mengikut emosi semata-mata. UCYP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2023/2024 dan semoga kepimpinan kali ini terus sukses dan cemerlang.

Ucapan dan amanat yang disampaikan oleh Yang Hormat Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Bin Haji Zainuddin, Naib Canselor UCYP dan Yang Berbahagia Profesor Madya Dr. Azhar Bin Jaafar@Ramli, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Diplomasi Komuniti) UCYP
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UCYP Sesi 2023/2024