Pada 01 November 2022, UCYP melalui Institut Peradaban Islam Antarabangsa (IIIC) telah mengadakan Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Fiqh al-Watan. Konsep ini merupakan cetusan idea Naib Canselor UCYP, Prof. Emeritus Dato’ Dr Ahmad bin Hj Zainuddin. Idea ini seterusnya diterjemahkan sebaiknya oleh Dekan Institut Peradaban Islam Antarabangsa (IIIC), Profesor Madya Dr. Amran Bin Muhammad yang merupakan antara ilmuwan yang sangat dikenali dalam bidang peradaban dan tamadun Melayu Islam dan beliau senantiasa menjadi rujukan kepada mahasiswa dan para pengkaji.

Pengenalan pusat ini turut merupakan tanda keprihatinan UCYP terhadap isu Kedaulatan, Kerukunan dan Keterlestarian tanah air khususnya di Negeri Pahang dan Malaysia secara umumnya. Selain itu pusat ini menitikberatkan pendekatan tadbir urus sosio-politik, ekonomi dan alam sekitar yang mengambil kira unsur-unsur tempatan, namun tidak mengenepikan tuntutan semasa di peringkat global. Tema yang diperkenalkan oleh pusat kecemerlangan fiqh al-watan adalah “Penghayatan Kedaulatan Kerukunan dan Kelestarian sebagai Teras Tatacara Kehidupan Bertanah Air”

Program yang berlangsung selama setengah hari ini, turut menampilkan rakan kerjasama iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dan Muzium Pahang. Seramai hampir 200 orang jemputan hadir bertempat di Dewan Utama, Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan Pahang Darul Makmur.

Pihak UCYP turut berbangga dengan kesudian Pro Canselor UCYP merangkap Penaung, Pusat Kecemerlangan Fiqh Al-Watan, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang hadir bagi menyempurnakan majlis yang bermakna ini. Majlis ini turut menerima sokongan melalui kehadiran tetamu-tetamu kehormat seperti Yang Amat Arif Dato’ Sri Haji Abdul Rahman Bin Md. Yunos, Ketua Hakim Syarie Pahang; Yang Hormat Dato’ Ahmad Farid Bin Abdul Jalal, Pengarah, Perbadanan Muzium Negeri Pahang; para Alim Ulama & Tokoh Dakwah; Ketua-Ketua Jabatan Agensi Kerajaan dan Wakil-Wakil Institusi Pengajian Tinggi.

Menerusi penubuhan Pusat Kecemerlangan Fiqh al-Watan ini yang diharapkan menjadi sebuah hub kepakaran tadbir urus bagi negeri dan negara telah membariskan beberapa tokoh tersohor sebagai Ahli Penasihat iaitu Sahibus Samahah Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman, Mufti Negeri Pahang; YH. Dato’ Ahmad Farid bin Abdul Jalal, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang; YBbhg. Profesor Madya Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi bin Hashim @ Wan Husain, YBhg. Profesor Madya Dr. Khadijah binti Mohd Khambali @ Hambali, YBhg. Profesor Datuk Dr. Shamrahayu binti Ab Aziz dan YBhg. Encik Khairuddin Bin Ismail. Menerusi ucaptama yang disampaikan oleh Profesor Adjung, Sahibus Samahah Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman beliau telah menerangkan objektif penubuhan pusat ini adalah untuk menjadikan ianya sebuat pusat kepakaran governan yg berteraskan tiga (3) rukun utama iaitu Kedaulatan (Sovereignty); Kerukunan (Solidarity) dan Keterlestarian (Sustainability) serta sebagai platform bagi cadangan strategi dan pelan tindakan dalam menjayakan Tatacara Kehidupan Bertanah Air demi kestabilan, keamanan dan kemakmuran tanah air. Selain itu, beliau turut memperincikan tujuh dasar Fiqh al-Watan antaranya Menghayati kecintaan kepada tanah air; Memartabatkan keimanan dan Tauhid di tanah air dan muka bumi; Mentaati Raja Pemerintah dan menghayati Perlembagaan undang-undang tanah air; Menzahirkan kesetiaan terhadap elemen watan di tanah air; Menjalani kehidupan aman damai dalam masyarakat berbilang kaum dan agama; Memakmurkan tanah air dan membina peradaban Tauhid dan Mempertahankan keutuhan dan keterlestarian tanah air dari sebarang bentuk ancaman.

Akhir kata pihak UCYP dan IIIC amat berterima kasih atas kesudian pihak Perbadanan Muzium Negeri Pahang dan Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang atas bantuan, kerjasama serta kesudian menjadi antara pempamer sepanjang program berlangsung. Diharapkan inisiatif yang dibangunkan oleh UCYP, melalui Institut Peradaban Islam Antarabangsa (IIIC) dapat membawa kebaikan kepada rakyat negeri Pahang dan Malaysia.

Ditulis oleh
Farah Hariaty Mohd Shukri

[vc_empty_space height=”40px”]
[vc_single_image image=”18580″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18577″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18583″ img_size=”full”]

Kehadiran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke
Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Fiqh Al-Watan (Tatacara Kehidupan Bertanah Air)

 

[vc_single_image image=”18586″ img_size=”full”]

Ucapan aluan yang disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Hj. Zainuddin,
Naib Canselor UCYP

[vc_single_image image=”18589″ img_size=”full”]

Ucaptama oleh Sahibus Samahah Dato’ Sri Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Osman,
Profesor Adjung Pusat Kecemerlangan Fiqh al-Watan / Mufti Negeri Pahang

[vc_single_image image=”18592″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18598″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18595″ img_size=”full”]

Gimik Pelancaran disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Penaung Pusat Kecemerlangan Fiqh al-Watan / Pro-Canselor UCYP

[vc_single_image image=”18601″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18607″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18610″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18604″ img_size=”full”]

Penyerahan Watikah Lantikan Ahli Penasihat Pusat Kecemerlangan Fiqh al-Watan & Penyampaian Cendera kenangan kepada Yang Amat Mulia Panglima Raja Kolonel

[vc_single_image image=”18619″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18637″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18628″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18616″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18634″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18625″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”18613″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18631″ img_size=”full”][vc_single_image image=”18622″ img_size=”full”]

Sekitar Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Fiqh Al-Watan (Tatacara Kehidupan Bertanah Air)