UCYP terus mencipta kejayaan di mana pada 17-18 Disember 2021 yang lalu, telah diadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-64 beserta Penganugerahan Pelajar Terbaik bagi program Kolej kerjasama UTM. Kedua-dua majlis berkenaan telah diadakan secara berasingan dan tertutup dengan pelaksanaan garis panduan & operasi standard (SOP) yang ketat. Majlis pengiktirifan ini dimulakan dengan penganugerahan Pelajar Terbaik pada 17 Disember, di Dewan Kencanapuri, Pulai Spring Resort, Johor. Majlis secara tertutup ini hanya melibatkan pihak UTM Space, tenaga pengajar UCYP serta ibu bapa pelajar yang terlibat.

Seramai 14 orang telah diangkat sebagai pelajar terbaik dan menerima Anugerah Dekan dan Sijil Validasi bagi program kerjasama UTM Space menerusi kursus Diploma Pengurusan Teknologi (8), Diploma Sains Komputer – Teknologi Maklumat (5), dan Diploma Kejuruteraan Awam (1). Antara pelajar yang terlibat ialah Cheong Wei San, Chin Chie Siew, Muhammad Nasrul Hadi Bin Zaini, Wan Muhammad Syahmi Bin Wan Khairudin, Nur Alifah Binti Muhammad Ali, Amirul Hilmy Bin Zulkifly, Norraini Binti Mat Yusob, Kaushalyaa A/P Chandran, Khairunnisa Binti Abdullah, Nur Syakirah Binti Rosman, Nursuhailah Binti Ibrahim, Nurul Athirah Binti Badrul Hisham dan Siti Nurul Asma Binti Azhar. Manakala Penerima Anugerah Graduan Terbaik Program Kerjasama Sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-64 telah disandang oleh Muhammad Harith Farhan Bin Mohd Radzuan, pelajar kursus Diploma Pengurusan Teknologi dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) tertinggi iaitu 3.99. Ini merupakan kejayaan terbesar bagi beliau serta menjadi kebanggaan pihak UCYP.

Para pelajar ini terus diraikan di Majlis Konvokesyen Kali Ke-64 pada keesokkan harinya, yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM Skudai. Pada sesi kali ini bilangan graduan UCYP yang bergraduat ialah seramai 156 orang yang terdiri daripada pelajar dari kursus Diploma Kejuruteraan Awam (16), Diploma Pengurusan Teknologi (91), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (11) dan Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) (38). Majlis tersebut diadakan melalui 2 sesi iaitu pagi dan petang. Majlis Konvokesyen ini telah disempurnakan oleh Pro Canselor UTM, Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd Nor dengan dihadiri oleh ahli Senat UTM, wakil pengurusan Program Kerjasama UTM dan wakil pengurusan kolej-kolej kerjasama serta ibu bapa pelajar yang terlibat.

Majlis yang penuh bermakna dan bersejarah ini dimulakan dengan ucapan daripada Pro Canselor UTM. Menerusi perkongsian beliau, fokus utama pihak UTM tertumpu kepada pencapaian dalam melahirkan graduan yang cemerlang dan berdaya saing dari dalam dan luar negara. Menurut beliau juga, kadar kebolehpasaran graduan UTM adalah sebanyak 91.5% yang melibatkan graduan dari dalam Malaysia dan 70 buah negara luar. Di akhir ucapan, Pro Canselor menyampaikan petikan kata-kata dari Naib Canselor UTM iaitu Professor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail iaitu “Be kind but be firm” dan “Don’t merely give examples; Be Exemplary” . Pesanan ini ialah sebagai panduan bagi graduan untuk meneruskan kejayaan mereka di peringkat seterusnya.

UCYP sangat berbangga dengan pencapaian para pelajar ini meskipun dalam persekitaran pembelajaran norma baharu, usaha dan komitmen yang tinggi melayakkan mereka menamatkan pengajian dengan cemerlang. Semoga kejayaan ini dapat menjadi contoh kepada semua pelajar UCYP serta menjadi penanda aras keupayaan alumni UCYP di luar sana.

 

 

Ditulis oleh: Farah Hariaty Mohd Shukri

[vc_single_image image=”16572″ img_size=”full”]

Sesi bergambar bersama 14 orang pelajar terbaik

[vc_single_image image=”16575″ img_size=”full”]

Penerima Anugerah Graduan Terbaik Program Kerjasama UTM

Muhammad Harith Farhan Bin Mohd Radzuan, Diploma Pengurusan Teknologi

[vc_single_image image=”16578″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”16557″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”16560″ img_size=”full”]

Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat)

[vc_single_image image=”16563″ img_size=”full”]

Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat)

[vc_single_image image=”16566″ img_size=”full”]

Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal

[vc_single_image image=”16569″ img_size=”full”]

Diploma Pengurusan Teknologi