10 Disember 2020
Penganjuran 4th International Post Graduate Research Conference 2020 (IPRC) telah membuktikan bahawa hubungan sebagai negara serumpun mampu dikukuhkan dengan penganjuran aktiviti berbentuk ilmiah.
Menerusi platform zoom, UCYP dengan kerjasama Southeast Asia Academic Mobility (SEAAM) bertemakan ‘Education and Technology Application: Experiences, Practices, and Adaptation from Disaster and Covid – 19’.
Persidangan yang berlangsung selama dua hari ini telah menerima 200 penyertaan dan melibatkan 12 institusi pendidikan tinggi di Asia Tenggara. Hal ini menunjukkan melalui program akademik juga dapat mengukuhkan hubungan malah menguatkan lagi keberadaan jenama UCYP di rantau ini.
Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin menerusi ucaptama beliau, pekembangan teknologi baharu telah mewujudkan hubungan yang baharu di antara pengajar dan pelajar, malah turut menekankan kepentingan membentuk persekitaran pembelajaran baharu sebagai penghasilan kaedah yang adaptif dan terkini selari dengan konsep dan imej yang diguna pakai oleh UCYP.
Kaedah penyampaian ilmu ketika ini sudah berubah daripada kaedah tradisional iaitu pembelajaran dalam bilik kuliah ke kaedah moden yang lebih menerapkan elemen teknologi seperti kelas atas talian, – tambahnya lagi
Dalam pada itu, Pengerusi SEAAM, Dr. Ismail Suardi Wekke turut dijemput untuk menyampaikan ucaptama beliau pada hari pertama 4th International Post Graduate Research Conference 2020 (IPRC)
Program ini turut dihadiri empat (4) penceramah jemputan bagi berkongsi bidang ilmu kepakaran masing-masing. Antara yang terlibat adalah Dr. Agus Pahrudin (UIN Raden Intan Lampung, Indonesia), Dr. Ruzita Manshor (UCYP, Malaysia), Dr. H. Surahman Amin (IAIN Sorong, Indonesia), dan Dr. Suraiya Chapakiya (Universiti Fatoni, Thailand).
Program ini telah dibahagikan kepada dua (2) sesi parallel dengan sebanyak 12 kertas penyelidikan dari tiga (3) buah negara seperti Malaysia, Indonesia, dan Thailand telah dibentangkan sepanjang program ini berlangsung.
Pengurus Pusat Pengurusan Penyelidikan UCYP, Dedi Sanjaya menyampaikan perkongsian tentang A Guide To Getting Published In Reputable International Journals dan Dr. Syafrimen Syafril (UIN Raden Intan Lampung) turut berkongsi ilmu berkaitan How To Write An Article For High Impact Journal pada hari kedua. Sesi perkongsian tersebut banyak memberi pengetahuan tambahan berkaitan penerbitan dan penulisan jurnal. Sesi perkongsian memberikan garis panduan dan petua bermanfaat yang berkaitan dengan penerbitan dan penulisan jurnal.
Dalam ucapan penutup yang disampaikan oleh Naib Canselor UCYP, beliau berharap banyak lagi program akademik di peringkat antarabangsa dapat dianjurkan oleh UCYP melalui kerjasama serantau mahupun global.
“Penularan pandemik COVID-19 ketika ini menggesa semua pihak untuk cepat menyesuaikan diri dengan kepesatan perkembangan teknologi dan suasana pandemik yang sedang melanda dunia. Oleh itu, perubahan merupakan pekara yang sangat penting dalam suasana yang luar daripada kebiasaan (disruptive). Maka ini merupakan tuntutan kepada kita agar berinovasi supaya dapat mencari penyelesaian dan kaedah baharu untuk terus berdaya saing meskipun dalam keadaan disruptive. Selain itu, perkembangan teknologi ketika ini memberikan impak positif dan membantu untuk menjana sistem pendidikan yang lebih efektif sesuai mengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran”, – tambahnya lagi.
Naib canselor UCYP, Profesor emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin haji Zainuddin dan Presiden SEAAM, Dr. Ismail Suardi Wekke merupakan penyampai ucaptama bagi 4th IPRC 2020.
Menyederhanakan persidangan adalah Naib Presiden Penjenamaan & Komunikasi Korporat, Suhaila Hj. Mukhtar dan antara penceramah yang dijemput adalah Dr. H. Surahman Amin dan Asst. Prof. Dr. Ruzita Manshor.
Sesi foto dalam talian sebelum program berakhir