Agensi Wakaf Pahang terus memainkan peranan utama dalam mengumpul, mengurus, dan menyalurkan sumbangan wakaf dari individu dan entiti korporat untuk memajukan kebajikan masyarakat. Melalui pengumpulan dan pengurusan sumbangan wakaf, agensi ini bertangungjawab menentukan keutamaan agihan dana wakaf bagi pelaksanaan projek-projek sosial yang bermanfaat seperti pendidikan, kesihatan, dan pembangunan komuniti. Agensi ini juga bertanggungjawab untuk memberi kesedaran tentang nilai dan faedah amalan berwakaf, kepada komuniti untuk dinikmati bersama serta memastikan akauntabiliti dan pelaporan yang telus mengenai penggunaan sumbangan yang dikumpul.

Usaha serta inisiatif berterusan dari pihak Wakaf Pahang, juga telah memberi manfaat besar kepada pusat pendidikan terutamanya UCYP.  Sebanyak RM 50,000 telah disalurkan kepada Perpustakaan UCYP pada Januari 2023 yang lalu, bagi membangun koleksi perpustakaan yang komprehensif untuk rujukan dan kerja-kerja penyelidikan pelajar. Sumbangan ini tidak hanya tertumpu kepada bahan bacaan yang terkini dan relevan, malahan diharapkan dapat memperbaharui fasiliti perpustakaan bagi keselesaan dan kualiti pembelajaran yang lebih baik. UCYP amat berbangga dengan usaha dari Institut Peradaban Islam Antarabangsa (IIIC), serta sokongan Pejabat Ketua Pegawai Digital dalam mendapatkan sumbangan tersebut bagi kemudahan bersama.

Oleh yang demikian, UCYP telah mengadakan majlis penghargaan bagi pihak Wakaf Pahang pada 09 Ogos 2023, di Perpustakaan UCYP Kampus Utama. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Hormat Dato’ Haji Halidan bin Md Daud, Pengurus Besar Kanan Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang. Menerusi ucapan beliau, kesedaran masyarakat terhadap amalan berwakaf masih lagi rendah justeru pelbagai inisiatif telah dirangka bagi mempelbagaikan kaedah atau platform untuk masyarakat berwakaf. Menurut beliau lagi, antara ruang kerjasama yang dipersetujui bersama UCYP ialah, membentuk sukarelawan wakaf dikalangan tenaga pengajar dan pelajar UCYP agar dapat mengwar-warkan akan kepentingan berwakaf. Seterusnya kerjasama bagi memantapkan kelengkapan fasiliti perpustakaan UCYP serta penerbitan hasil kajian yang bermutu bagi mencari solusi yang efektif terhadap amalan berwakaf dari kalangan masyarakat turut ditekankan dalam persetujuan kerjasama antara institusi.

Di samping itu, Wakaf Pahang turut melancarkan portal sumbangan wakaf Perpustakaan UCYP kepada orang awam, dalam menggalakkan peranan masyarakat membantu memajukan sektor pendidikan. Sasaran sumbangan sebanyak RM 100,000 yang ditetapkan oleh pihak Wakaf Pahang adalah refleksi terhadap usaha bagi mewujudkan sinergi antara universiti dan masyarakat.

UCYP melihat kerjasama dengan Wakaf Pahang sebagai langkah awal yang penting dalam membina hubungan berpanjangan. Kerjasama ini tidak hanya memperkukuhkan pendidikan dan perkembangan insan, tetapi juga memberikan akses kepada ilmu pengetahuan yang luas kepada pelajar UCYP. Melalui inisiatif ini, UCYP berharap dapat merangsang pemikiran kreatif, mendukung pertumbuhan intelektual yang holistik, dan memberikan impak positif kepada masyarakat secara keseluruhannya.

[vc_single_image image=”21343″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21295″ img_size=”full”]

Ucapan Aluan oleh YH. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Hj Zainuddin, Naib Canselor UCYP (Kiri) dan Ucapan dari YH. Dato’ Haji Halidan bin Md Daud , Pengurus Besar Kanan, Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (Kanan) sempena Majlis Sumbangan Pemantapan Perpustakaan oleh Wakaf Pahang

[vc_single_image image=”21298″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21301″ img_size=”full”]

Upacara menandatangani plak sumbangan wakaf 

[vc_single_image image=”21304″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21307″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21310″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21313″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21316″ img_size=”full”]

Tetamu jemputan turut bersama-sama berwakaf di portal yang disediakan oleh pihak Wakaf Pahang untuk keperluan Perpustakaan UCYP

[vc_single_image image=”21319″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21322″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21325″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21328″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21331″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21334″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21337″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21340″ img_size=”full”]

Sekitar Majlis Sumbangan Pemantapan Perpustakaan oleh Wakaf Pahang