3 Jun 2021 -TProgram i-Engage yang dilaksanakan oleh UCYP khusus kepada pelajar baharu bagi sesi Mei – Oktober 2021 Program ini diadakan di platform ZOOM dengan kehadiran Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato ‘Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif universiti melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Hubungan Komuniti) bagi memberi penerangan dan pendedahan kepada para pelajar akan keperluan dan panduan sebagai siswa UCYP. Program yang berlangsung selama 8 hari ini merupakan persediaan khusus kepada siswa-siswi sebelum pengajian bermula secara atas talian.
Dalam sesi tersebut, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Hj. Zainuddin, menggesa para pelajar untuk menjadikan pengajian yang dipilih peringkat diploma sebagai permulaan bersama UCYP untuk menimba ilmu dan melakar kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.
“Inilah permulaan atau jejak kecemerlangan pelajar sekalian iaitu bermula daripada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan peringkat PhD. Saya namakan ini sebagai jejak kecemerlangan. Strategi dan perancangan yang rapi dan bijak akan menjamin kejayaan anda pada masa akan datang”. Kata Profesor Emeritus Dato ‘Dr. Ahmad Bin Hj. Zainuddin dalam ucapannya di platform ZOOM kepada hampir seratus pelajar baru Sesi Mei 2021.
Sebanyak lapan (8) sesi taklimat dan aktiviti telah dikongsi kepada pelajar antaranya taklimat integriti, penggunaan portal pelajar, akademik, dan taklimat bersama Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Penulis oleh NUR SHARMILA BINTI MOHD SALLEH
Professor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Hj. Zainuddin berkongsi nasihat dan panduan kepada mahasiswa dan mahasiswi baharu UCYP dalam program i-Engage
En. Jalaluddin Abdullah selaku Pendaftar, turut mengalu-alukan kedatangan mahasiswa-mahasiswi UCYP
Puan Renee Faizura Abd Rajak menyampaikan beberapa maklumat penting yang berkaitan dengan integriti.
Pendedahan tentang cara penggunaan portal pelajar oleh Pengurus IT, En. Khazali Idris dari Pejabat Ketua Pegawai Digital
Sesi bergambar semua pelajar baharu bersama antara Pengurusan Tertinggi UCYP