Fakulti Agroteknologi, University College of Yayasan Pahang (UCYP) dengan kerjasama Persatuan Sains Tanah Malaysia (MSSS) telah menganjurkan Program Tree Planting @UCYP bertempat di Kampus Utama UCYP, Tanjung Lumpur, Kuantan pada 4 Disember 2020 (Jumaat).

Program yang bertemakan “Green Campus for Sustainable Biodiversity” adalah bertujuan untuk menghijaukan kawasan Kampus Utama UCYP, memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan kelestarian biodiversiti, pemindahan ilmu tentang kesuburan tanah serta menjalinkan hubungan silaturrahim di antara pihak fakulti, staf-staf UCYP dan agensi luar. Antara objektif lain penganjuran program ini adalah untuk menyambut World Soil Day 2020 yang bertemakan “Keep Soil Alive, Protect Soil Biodiversity”.

Program ini melibatkan seramai 31 orang kakitangan daripada Kelab Warga Kerja IKIP (KWKI) dan 9 orang pelajar daripada Young Planters Society (YPS). Program ini mendapat sokongan daripada Food and Agriculture Organizations of United Nations dan The Global Soil Partnership serta kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program adalah sesi perkongsian tentang kepentingan kelestarian biodiversiti bersama Dr Rosazlin Abdullah selaku Presiden Persatuan Sains Tanah Malaysia (MSSS) serta penanaman 137 pokok lanskap di sekitar Kampus Utama yang terdiri daripada spesies Loropetalum chinense, Durantha erecta, Syzygium campanulatum dan Pisonia alba. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) turut hadir bersama semasa aktiviti penanaman pokok lanskap.

Selain itu, sesi perkongsian bersama Dr Mohd Nozulaidi, pensyarah Fakulti Agroteknologi tentang pengenalan kepada baja, sistem hidroponik, cara menyemai biji benih, demonstrasi pembuatan biopesticide untuk kawalan serangga dan kulat serta cara membuat baja bokashi menggunakan sisa-sisa dapur turut diadakan semasa program.

Pengarah Program, Cik Zahidah Ab Razak memaklumkan program ini diadakan bagi menyambut World Soil Day 2020 serta memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan memelihara kelestarian biodiversiti. Selain itu, penganjuran program ini juga adalah untuk mempromosikan bidang kepakaran yang ada di Fakulti Agroteknologi.

Rakan kerjasama daripada Persatuan Sains Tanah, Dr Rosazlin Abdullah turut menekankan tentang kepentingan tanah yang sihat untuk kelestarian biodiversiti dan Sustainable Development Goals (zero hunger dan no poverty) yang perlu dititikberatkan untuk jaminan keselamatan makanan.

Sebelum program tamat, peserta berpeluang menuai dan membawa pulang sayur yang terdapat di plot Urban Garden.

[vc_single_image image=”12495″ img_size=”large” alignment=”center”]

Sesi perkongsian bersama Dr Rosazlin Abdullah, Presiden Persatuan Sains Tanah Malaysia (MSSS)

[vc_single_image image=”12498″ img_size=”large” alignment=”center”]

Sesi bergambar bersama Presiden Persatuan Sains Tanah Malaysia (MSSS)

[vc_single_image image=”12485″ img_size=”large” alignment=”center”]

Puan Zahidah Ab Razak memberikan hadiah penghargaan kepada Dr Rosazlin Abdullah

[vc_single_image image=”12501″ img_size=”large” alignment=”center”]

Peserta sedang membuat lubang untuk penanaman pokok

[vc_single_image image=”12504″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12507″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12510″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12513″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12528″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12519″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12522″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12525″ img_size=”large” alignment=”center”]

Penanaman pokok lanskap oleh Pengarah Program dan Presiden Persatuan Sains Tanah Malaysia

[vc_single_image image=”12528″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12531″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12534″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12537″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12540″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12489″ img_size=”large” alignment=”center”]

Selesai aktiviti penanaman pokok bersama pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)

[vc_single_image image=”12476″ img_size=”large” alignment=”center”]

Puan Zahidah Ab Razak memberikan hadiah penghargaan kepada wakil MPK

[vc_single_image image=”12544″ img_size=”large” alignment=”center”]

Sesi perkongsian tentang baja bersama pensyarah Fakulti Agroteknologi

[vc_single_image image=”12547″ img_size=”large” alignment=”center”]

Demonstrasi pembuatan hidroponik

[vc_single_image image=”12550″ img_size=”large” alignment=”center”]
[vc_single_image image=”12553″ img_size=”large” alignment=”center”]

Program tamat