Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyumbang RM122,400 kepada tabung pendidikan pelajar Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Orang Asli (PETAMA). Menerusi bantuan ini pelajar Orang Asli yang menuntut ilmu dalam bidang agama layak menerima kemudahan sepanjang belajar setahun enam bulan.

Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pihaknya menyediakan peruntukan khas setiap tahun bagi mengisi tabung pendidikan PETAMA. Katanya, selain elaun bulanan pelajar turut menerima tempat tinggal, pakaian dan pengangkutan pergi dan pulang ke kampung sepanjang belajar.