Perjalanan Baru Bergelar Mahasiswa Kemasukan Pelajar Baru Siri 1/2023 University College of Yayasan Pahang (UCYP)

Pengalaman menjejakkan kaki buat pertama kali ke institusi pengajian tinggi pasti akan menjadi salah satu momen berharga dalam kehidupan seorang mahasiswa. Ia menandakan satu permulaan baharu, bukan sahaja dalam dunia akademik tetapi juga dalam usaha untuk meningkat kecemerlangan diri dari aspek pembentukan jati diri, pembangunan sahsiah serta kemahiran pengurusan diri dan kehidupan. Sebagai seorang pelajar, inilah antara jalan dan cabang yang perlu dilalui setelah menamatkan pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Usai pengumuman keputusan SPM pada 8 Jun yang lalu, University College of Yayasan Pahang telah menerima permohonan daripada para pelajar lepasan SPM untuk menyambung pengajian di peringkat diploma dalam pelbagai bidang yang ditawarkan. UCYP telah menawarkan sebanyak 600 peluang pendidikan dari pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, perniagaan, sains komputer, seni kreatif dan banyak lagi.

Pada 19 Jun yang lalu, UCYP telah menerima seramai 140 orang pelajar baharu yang mendaftar bagi Semester 1/20223. Mereka ini terdiri daripada para pelajar lepasan SPM, lepasan Kolej Kemahiran dan lepasan Sekolah Menengah Vokasional. UCYP mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang akan menyambung pengajian di sini. Kegembiraan dan keterujaan untuk memulakan sesi pengajian tergambar jelas di wajah para pelajar. Datang dengan harapan, moga semuanya pulang dengan kejayaan buat keluarga. Usai pendaftaran, para pelajar ini diberikan masa untuk rehat dan bersedia untuk memulakan minggu orientasi. Minggu orientasi pelajar baharu UCYP dijalankan selama seminggu bermula 19 Jun – 25 Jun 2023.

UCYP telah menganjurkan program orientasi pelajar yang menarik dan interaktif bagi memperkenalkan pelajar baharu kepada kehidupan universiti. Program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan pensyarah, kakitangan dan para pelajar lain. Mereka diberi penerangan mengenai struktur akademik, kemudahan pembelajaran, perkhidmatan sokongan, dan peluang yang ada di UCYP. Program orientasi ini bertujuan untuk membantu pelajar baharu beradaptasi dengan suasana baharu dan memperoleh pengetahuan yang diperlukan untuk memulakan pengajian mereka di UCYP. Dalam sesi orientasi ini, para pelajar akan diberikan pendedahan berkenaan dengan kemudahan dan fasiliti yang disediakan dalam kampus seperti makmal komputer, perpustakaan, bilik kuliah, dan kemudahan sukan dan rekreasi. Para pelajar juga akan diperkenalkan kepada pensyarah dan kakitangan pentadbiran yang akan memberikan bimbingan dan sokongan kepada mereka sepanjang pengajian di UCYP. Pelajar-pelajar ini akan diberi peluang untuk berinteraksi dengan pensyarah dan kakitangan dalam sesi perbualan dan soal jawab untuk mendapatkan pandangan dan nasihat daripada mereka. Pada masa yang sama semua pelajar baharu akan diperkenalkan dengan budaya universiti, nilai-nilai yang diterapkan di UCYP, dan aspek-aspek keselamatan dan keamanan dalam kampus. Mereka juga diberikan penerangan mengenai aktiviti kokurikulum, kelab dan persatuan pelajar, dan peluang sukarelawan dalam masyarakat.

Sesi orientasi yang berjalan selama satu minggu ini telah melabuhkan tirai pada 25 Jun 2023 dengan penutupan oleh Yang Berbahagia, Profesor Madya Dr. Azhar Bin Jaafar@Ramli, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Diplomasi Komuniti), UCYP. UCYP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat memulakan sesi pengajian kepada semua pelajar baharu UCYP Semester 1 Sesi 2023. Selamat melakar kenangan dan kejayaan buat diri, keluarga dan universiti.

[vc_single_image image=”20989″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20992″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20995″ img_size=”full”]

Suasana sekitar hari pendaftaran pelajar baharu Semester 1 sesi 2023 pada 19 Jun 2023 yang diadakan di Kampus Utama, UCYP.

[vc_single_image image=”20998″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21001″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21004″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21007″ img_size=”full”]

Antara sesi taklimat dan pengisian yang diberikan sepanjang Program Orientasi Pelajar Baharu UCYP Semester 1 Sesi 2023