Satu sesi khas anugerah pelajar cemerlang UCYP dan KYP sempena Majlis Konvokesyen Virtual Pertama di Malaysia telah diadakan di Aqua Crystall Hall, Kampus Utama, UCYP Tanjung Lumpur.
Sesi khas ini diadakan bagi menghargai kejayaan 12 orang graduan UCYP & KYP yang menunjukan prestasi cemerlang dalam akademik mereka.
Sungguhpun ianya diraikan dalam majlis yang serba ringkas, namun terpancar keceriaan dan perasaan bangga di wajah masing-masing akan kejayaan yang dikecapi.
Dalam majlis tersebut, graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Nurfatinhani Muhamad Riduan telah menerima Anugerah Tuanku Canselor UCYP. Kini beliau telah menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak juga di UCYP. Minat beliau dalam bidang asuhan kanak-kanak turut menjadi pemangkin terhadap prestasi cemerlang yang dipamerkan. Minat beliau dalam bidang asuhan kanak-kanak turut menjadi pemangkin terhadap prestasi cemerlang yang dipamerkan. Malah beliau turut merancang untuk membuka taska keperluan khas golongan anak-anak istimewa kerana beliau percaya akan kelebihan dan potensi mereka.
Manakala Mohammad Amirul Amrin bin Mohd Othman, graduan Diploma Pengurusan Teknologi, telah membawa pulang Hadiah Kecemerlangan Kepimpinan Menteri Besar Pahang. Mohammad Amirul Amrin kini menjawat jawatan sebagai Medical Health Assistant di IIUM Eye Specialist Clinic, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Kuantan, Pahang.
Beliau bukan sekadar harapan kepada ibu bapa, bahkan beliau sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah menyandang beberapa jawatan kelab antaranya, Kelab Program Siswa Sihat (PROSIS), Presiden Kelab Sukarelawan UCYP serta Kelab Pembangunan Pelajar.
Bukan sahaja bergiat aktif di peringkat institusi, beliau turut menyandang beberapa jawatan di Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) seperti Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN). Beliau banyak menyelia program mahasiswa untuk belia, sekolah serta masyarakat setempat di negeri Pahang.
Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP, Tan Sri Dato’ Sri Profesor Dr. Noorul Ainur Mohd Nur berkata, pelajar cemerlang adalah contoh kepada masyarakat manakala kecemerlangan akademik dan sahsiah adalah penting dan seiring dalam kehidupan.
Tahniah kepada penerima anugerah pelajar cemerlang UCYP dan KYP 2020. Senarai penuh penerima Anugerah dan Hadiah kecemerlangan UCYP dan KYP adalah seperti berikut:
UCYP | ||
Anugerah Tuanku Canselor UCYP |
No. | Nama | Program |
1 | Nur Fatinhani binti Muhamad Riduan | Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak |
Hadiah Kecemerlangan Kepimpinan Menteri Besar Pahang |
No. | Nama | Program |
1 | Mohammad Amirul Amrin bin Mohd Othman | Diploma Pengurusan Teknologi |
Hadiah Kecemerlangan Akademik Yayasan Pahang |
No. | Nama | Program |
1 | Haziman bin Zakaria | Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) |
2 | Nurul Shahira binti Radzuan | Ijazah Sarjana Muda Syariah (Ekonomi & Perbankan Islam) Dengan Kepujian |
3 | Janagy a/p Muniandy | Diploma Perakaunan |
4 | Nor Hikmah binti Rozaini | Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak |
No. | Nama | Program |
5 | Nur Kamelia Sari binti Zamri | Diploma Pengurusan Institusi Islam |
6 | Lee Weng Yew | Diploma Sains Komputer |
7 | Nur Syahirah binti Mohd Asri | Diploma Kewartawanan |
KOLEJ YAYASAN PAHANG (KYP) | |||
Hadiah Kecemerlangan Kepimpinan Pengarah Urusan |
No. | Nama | Program |
1 | Arish Afi Bin Muhammad Azirul Aridi | Diploma Grafik & Rekabentuk Multimedia |
Hadiah Kecemerlangan Akademik Yayasan Pahang |
No. | Nama | Program |
1 | Muhammad Hasnul Hazim Bin Mohd Fian | Diploma Pengurusan Industri Perladangan |
2 | Ilicia Tan Ka Yee | Diploma Grafik & Rekabentuk Multimedia |
Foto teknologi virtual Nurfatinhani bersama Tuanku Chanselor UCYP
Dari kiri: Amirul Amrin, Nurfatinhani, dan Arish Afi
Sesi anugerah khas dijalankan di Aqua Crystal Hall