Sejak 5 dekad yang lalu, negara kita Malaysia telah mencapai satu siri pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Walaubagaimanapun, pada tahun 2023, negara kita dijangka menghadapi cabaran ekonomi yang luar biasa akibat daripada kemerosotan ekonomi yang sedang melanda dunia. Dalam usaha untuk berdepan dengan cabaran ini, University College of Yayasan Pahang melalui Institut Kepimpinan Strategik Tun Ghazali Shafie mengambil inisiatif merangka sebuah sesi perkongsian dan bual bicara. Sesi perkongsian ini berfokus kepada isu Inflasi dan Yang Mulia Raja Tan Sri Dato’ Sri Aman Bin Raja Haji Ahmad, Felo Kehormat Institut Kepimpinan Strategik Tun Ghazali Shafie telah dijemput untuk menjadi panel. Program perkongsian ini juga mendapat sokongan penuh dari Yang Berhormat Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Exco Pelaburan, Industri, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang.

Dalam sesi perkongsian yang diadakan pada 16 Mei 2023 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Yayasan Pahang, Yang Mulia Raja Tan Sri Dato’ Sri Aman Bin Raja Haji Ahmad memulakan perbincangan dengan mengimbau kembali sejarah ekonomi dunia dan bagaimana inflasi mula menjadi isu signifikan dalam usaha membangunkan dan membaik pulih ekonomi negara. Inflasi merupakan satu fenomena yang perlu dihadapi dan ditangani oleh semua negara termasuk Malaysia. Beliau menjelaskan bahawa inflasi merujuk kepada peningkatan secara umum dalam harga barangan dan perkhidmatan yang berlaku secara berterusan dalam jangka masa yang panjang. Faktor-faktor seperti pertumbuhan ekonomi, kadar faedah, kos pengeluaran, dan permintaan dan penawaran dalam pasaran memainkan peranan penting dalam menentukan kadar inflasi sama ada tinggi atau rendah. Inflasi yang terkawal adalah penting untuk memastikan kestabilan ekonomi negara. Walaubagaimanapun, peningkatan inflasi yang terlalu tinggi boleh memberi kesan negatif terhadap ekonomi dan rakyat.

Seramai 250 orang peserta yang terdiri dari pemain-pemain industri dan belia telah hadir bersama-sama dalam sesi perkongsian ini. Program The Shift 1.0 turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman dan kerjasama antara Pejabat Ketua Pegawai Digital UCYP dan Pahang Go Sdn. Bhd. Jalinan kerjasama ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh UCYP dalam usaha untuk mewujudkan hubungan dua hala antara UCYP dan Pahang Go serta turut bertujuan untuk memperkasakan teknologi digital. Memorandum persefahaman ini ditandatangani oleh Naib Canselor UCYP, Yang Hormat Profesor Emeritus Dato’ Dr Ahmad Bin Haji Zainuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Go Sdn. Bhd., Encik Affandi Bin Mohd Isa sambil disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Exco Pelaburan, Industri, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang. Semoga dengan adanya kerjasama sebegini dapat memberi manfaat bukan sahaja buat para pelajar UCYP tetapi juga masyarakat Negeri Pahang secara amnya.

[vc_single_image image=”20309″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20312″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20315″ img_size=”full”]

Para peserta bersama Yang Berhormat Dato’ Mohamad Nizar Bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Exco Pelaburan, Industri, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang dalam sesi perkongsian The Shift 1.0, Coping with Inflation: How Companies Stay Resilient in Turbulent Times

[vc_single_image image=”20318″]
[vc_single_image image=”20321″ img_size=”full”]

Sesi perkongsian The Shift 1.0, Coping with Inflation: How Companies Stay Resilient in Turbulent Times oleh Yang Mulia Raja Tan Sri Dato’ Sri Aman Bin Raja Haji Ahmad

[vc_single_image image=”20324″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20327″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20330″]

Sesi soal jawab bersama Yang Mulia Raja Tan Sri Dato’ Sri Aman Bin Raja Haji Ahmad

[vc_single_image image=”20333″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”20336″ img_size=”full”]

Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Pahang Go Sdn. Bhd. dan Pejabat Ketua Pegawai Digital, University College of Yayasan Pahang, UCYP.