PRA-KONFERENS: 6TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAM AND HIGHER EDUCATION 2021

 

Pada 30 Ogos 2021, satu pertemuan awal bersama wakil institusi negara Asia Tenggara telah diadakan sempena sesi pra-konferens 6th International Conference on Islam and Higher Education 2021 (ICIHE) secara virtual di platform dalam talian ZOOM.

Sesi tersebut telah dihadiri oleh Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin dan Timbalan Naib Canselor UCYP (Pembangunan Pelajar & Hubungan Komuniti), Profesor Madya Dr. Azhar bin Jaafar @ Ramli, Profesor Dr. Ismail Suardi Wekke, Pengerusi Southeast Asia Academic Mobility (SEAAM) serta menjadi wakil bagi Pendidikan Tinggi Indonesia, turut hadir.

Perjumpaan pada Isnin lalu merupakan sesi awal bagi mendapat maklum balas terhadap sambutan dan penglibatan peserta 6th International Conference on Islam and Higher Education 2021 (ICIHE) yang akan diadakan pada bulan Oktober akan datang. Konferens tersebut adalah gabungan usaha daripada ilmuan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia serta Asia Tenggara. Intipati yang bakal diterokai menjangkaui ilmu Islam dan Sains dalam usaha penghasilan dan perkongsian dapatan, teori serta pengetahuan terkini demi perkembangan ilmu Islam di nusantara.

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin dalam ucapannya turut menekankan konsep ‘hybrid knowledge’, di mana institusi-institusi pendidikan di Malaysia serta negara-negara serantau boleh bekerjasama dalam berkongsi idea bagi menghasilkan suatu inovasi ilmu duniawi yang salah satunya terdiri daripada teknologi dengan berteraskan ilmu agama Islam.

“Konsep yang berteraskan ilmu agama Islam ini adalah sangat bernas kerana kita dapat melihat kembali bagaimana kemajuan pendidikan yang telah berkembang sepanjang zaman tamadun Islam hingga kini, serta membolehkan lebih banyak perubahan diperkenalkan,” kata beliau.

Selain itu, Profesor Dr. Ismail Suardi Wekke juga menzahirkan rasa syukur atas kerjasama antara institusi-institusi di Asia Tenggara yang membuka pelbagai peluang bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah bidang-bidang lain yang berkaitan.

6th International Conference on Islam and Higher Education 2021 (ICIHE) ini akan berlangsung pada 6 dan 7 Oktober 2021.

 

Penulis: Nurul Syazwani binti Suhaimi

[vc_single_image image=”15884″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”15887″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”15890″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”15893″ img_size=”full”]

Sesi pra persidangan bagi majlis 6th International Conference on Islam and Higher Education 2021 (ICIHE) yang berlangsung pada 30 Ogos 2021 secara dalam talian dan dihadiri oleh Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin dan Timbalan Naib Canselor UCYP (Pembangunan Pelajar & Hubungan Komuniti), Profesor Madya Dr. Azhar bin Jaafar @ Ramli serta Profesor Dr. Ismail Suardi Wekke, Pengerusi Southeast Asia Academic Mobility (SEAAM) juga wakil bagi Pendidikan Tinggi Indonesia.

[vc_single_image image=”15896″ img_size=”full”]

Sesi bergambar bersama jemputan dan peserta.

[vc_single_image image=”15881″ img_size=”full”]