Pada 04 Mei 2024, telah diadakan Majlis Perasmian bagi program SURI-TEKNO: Ke Arah Suri Rumah Celik Digital di Hotel Seri Malaysia, Temerloh, Pahang. Program yang dianjurkan oleh Sekretariat Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Pahang (2022-2026) dengan kerjasama UCYP University, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan suri rumah dengan kemahiran dan pengetahuan teknologi digital yang penting dalam era modernisasi ini. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sabariah binti Saidan, EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang. Turut hadir memeriahkan majlis adalah YH. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Fauzi bin Mohd Zain, Naib Canselor UCYP University, serta wakil daripada Unit Pembangunan Wanita dan Sosial Negeri Pahang yang memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif ini. Antara objektif utama program SURI-TEKNO adalah untuk meningkatkan literasi teknologi digital dalam kalangan wanita, khususnya suri rumah. Program ini juga bertujuan untuk membangunkan kemahiran dalam pemasaran digital dan perniagaan atas talian, meningkatkan kesedaran dan pencegahan jenayah siber, serta memanfaatkan teknologi untuk pendidikan kanak-kanak. Program SURI-TEKNO ini telah menarik penyertaan seramai 30 orang suri rumah dari daerah Temerloh Pahang dengan pelbagai latar belakang. Program ini menampilkan empat sesi perkongsian yang dirancang khusus untuk memberikan pendedahan mendalam mengenai teknologi digital. Keempat-empat sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Ts. Suriyani Sulaiman, Ketua Pegawai Digital serta dibantu oleh Encik Mahendran A/L Shilowaras, Penolong Pengurus (Pengaturcara), UCYP University. Secara keseluruhannya program SURI-TEKNO: Ke Arah Suri Rumah Celik Digital diharap dapat memberikan manfaat yang besar kepada para peserta serta berjaya mencapai objektifnya. Para peserta diharapkan juga untuk terus belajar dan beradaptasi dalam dunia digital yang semakin berkembang. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada perubahan positif dalam kalangan suri rumah di Pahang dan seterusnya, di seluruh Malaysia.

[vc_single_image image=”23698″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23701″ img_size=”full”]

Ucapan perasmian oleh YB. Dato’ Sabariah binti Saidan EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang

[vc_single_image image=”23704″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23731″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23710″ img_size=”full”]

Penyampaian cenderamata kepada para tetamu jemputan program SURI-TEKNO: Ke Arah Suri Rumah Celik Digital

[vc_single_image image=”23713″ img_size=”full”]

Perkongsian empat modul oleh Puan Ts. Suriyani Sulaiman, Ketua Pegawai Digital serta dibantu oleh Encik Mahendran A/L Shilowaras, Penolong Pengurus (Pengaturcara), UCYP University

[vc_single_image image=”23716″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23719″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23722″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23734″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”23731″ img_size=”full”]

Sekitar Program SURI-TEKNO: Ke Arah Suri Rumah Celik Digital