9 Ogos 2021

Satu Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lukisan dan Fotografi sempena Tema Pelancongan Negeri Pahang telah berlangsung dengan kehadiran seramai hampir 250 orang secara dalam talian pada Isnin lalu.

Majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin, Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin, Pengurus Besar Tourism Pahang, Encik Kamaruddin bin Ibrahim dan Presiden Majlis Pemulihan Malaysia, Yang Berbahagia Datin Paduka Khatijah Suleiman.

Majlis tersebut merupakan antara program kepada aktiviti bersempena dengan pelancaran tema baharu pelancongan This is Pahang yang telah dirasmikan olehYang Amat Berhormat, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail pada 18 Mac lalu di UCYP Kampus Utama, Tanjung Lumpur.

Dalam ucapan aluan Naib Canselor UCYP, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin, beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin dan Tourism Pahang atas sokongan dan kepercayaan yang diberi kepada UCYP bagi sama-sama menyumbang ke arah pembangunan sektor pelancongan negeri Pahang.

“UCYP sebagai sebuah pusat pengajian tinggi amat komited dalam menyumbang idea dan tenaga bagi memastikan negeri Pahang yang Makmur ini akan sentiasa berkembang bukan sahaja di dalam sektor pelancongan, malah sektor-sektor utama lain yang sedang dimajukan oleh pihak kerajaan negeri”, jelas Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad Haji Zainuddin itu lagi.

Selain itu, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin turut menyambut baik kerjasama antara kerajaan negeri, Tourism Pahang dan UCYP.

“Adalah diharapkan kerjasama bersama University College of Yayasan Pahang (UCYP) ini akan menjadi contoh kepada sektor pendidikan yang lain untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi lain bagi menjayakan matlamat sektor pelancongan negeri Pahang dan seterusnya memperkukuhkan lagi usaha-usaha promosi dan mengembalikan semula kegemilangan sektor pelancongan di negeri Pahang,” katanya ketika berucap sebelum melancarkan buku digital 60 hasil karya terpilih This is Pahang yang boleh diakses melalui laman sesawang UCYP, www.ucyp.edu.my.

Berdasarkan 417 hasil karya yang dihantar bagi kedua-dua pertandingan tersebut, seramai 19 orang pemenang dipilih oleh panel penilai untuk memenangi pertandingan ini. Makumat pemenang adalah seperti berikut:

No. Pertandingan Nama Pemenang Hadiah
1 Lukisan
(Kategori Terbuka)
Nurul Iman Binti Abu Bakar Pertama RM2,500

& Sijil

2 Ali Elahi B Mohd Mokhtar Kedua RM1,500

& Sijil

3 Husna Hazwani binti Ruzman Ketiga RM1,000

& Sijil

4 Wan Nurul Ezzati Bt Wan Yahaya Sagu Hati RM500

& Sijil

5 Syed Zukheer bin Syed Othman Sagu Hati RM500

& Sijil

6 Nazli bin hamzah Sagu Hati RM500

& Sijil

7 Munif Bin Muhamad Nor Sagu Hati RM500

& Sijil

 

 

No. Pertandingan Nama Pemenang Hadiah
1 Lukisan
(Kategori OKU)
Wan Jamila Binti Wan Shaiful Bahri Pertama RM2,500

& Sijil

2 Haslita Hashim Kedua RM1,500

& Sijil

3 Lim Anuar Ketiga RM1,000

& Sijil

4 Nur Amiratul Farahin Binti Ab.Rahman Sagu Hati RM500

& Sijil

5 Masrini Binti Bakhari Sagu Hati RM500

& Sijil

 

 

No. Pertandingan Nama Pemenang Hadiah
1 Fotografi
(Kategori Terbuka)
Redzuan bin Bohari Pertama RM1,500

& Sijil

2 Lai Jun Yit Kedua RM1,000

& Sijil

3 Mohd Nazri bin Sulaiman Ketiga RM500

& Sijil

4 Ariz Hazraei Bin Amir Husaini Sagu Hati RM300

& Sijil

5 Zainal Omar Faryd Bin Zainul Abidin Sagu Hati RM300

& Sijil

6 Bazaai B Ahmad Sagu Hati RM300

& Sijil

1 Fotografi
(Kategori OKU)
Haymasuthan a/l Periasamy Ketiga RM500

& Sijil

 

Penulis artikel ialah Noraznira Bt Muhammed Jamaatthuddin

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Lukisan dan Fotografi sempena Tema Pelancongan Negeri Pahang telah diadakan bagi meraikan para pemenang. Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berhormat, Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsudin iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang itu diadakan secara dalam talian melalui platform ZOOM dan facebook live UCYP.

[vc_single_image image=”15678″ img_size=”full”]

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin, memberi ucapan aluan beliau ketika Majlis Penyampaian Hadiah itu berlangsung.

[vc_single_image image=”15681″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”15684″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”15687″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”15690″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”15693″ img_size=”full”]

Sebahagian daripada pemenang Pertandingan Lukisan dan Fotografi sempena Tema Pelancongan Negeri Pahang bersama tetamu kehormat, panel juri, penganjur dan individu-individu lain yang terlibat.

[vc_single_image image=”15696″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”15699″ img_size=”full”]