Inisiatif untuk mempertingkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi di kalangan pelajar terus menjadi fokus utama dalam bidang pendidikan. Mendepani kemajuan dunia kini, penguasaan lebih daripada satu bahasa telah menjadi kemahiran asas yang dapat membuka peluang yang lebih luas dalam pelbagai aspek kehidupan. Ianya juga memberi gambaran kepada para pelajar bahawa, keistimewaan yang dimiliki mereka mampu memperluaskan jaringan sosial serta profesional, memperkayakan pemahaman budaya lain dan meraikan perbezaan serta persamaan bahasa dalam komuniti.

Pada 27 Julai 2023, program Tri-Flexi Language Campaign yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan dan Pengajian Bahasa dengan kerjasama Jabatan Penjenamaan, Komunikasi dan Diplomasi Korporat UCYP dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium, Kampus Utama UCYP. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Hj. Zainuddin, Naib Canselor UCYP dan turut hadir Puan Norliza binti Ibrahim, Guru Penolong Kanan (Pentadbiran), SMART. Program yang mencatatkan jumlah penglibatan peserta dan jemputan yang menggalakkan iaitu seramai lebih 250 orang menandakan perubahan yang signifikan tentang kesedaran pendidikan bahasa dan komunikasi, dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi juga di peringkat sekolah menengah. Selain itu, melalui kolaborasi yang bermakna ini, platform yang lebih bersepadu dan inklusif disediakan kepada para pelajar University College of Yayasan Pahang (UCYP) dan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) untuk berkongsi kebolehan dan kemahiran berbahasa. Penganjuran ini turut merupakan langkah pertama yang diambil oleh kedua-dua institusi, bagi mendorong para pelajar memperkaya kemahiran mereka dalam bidang bahasa.

Bertemakan “Working towards a Carbon-Neutral FutureTri-Flexi Language Campaign ini merangkumi tiga aktiviti utama iaitu: pertandingan TikTok, pembentangan Tri-Square Talk, dan penghasilan Trilingual Corner yang memaparkan hasil kerja pelajar. Persembahan para pelajar merangkumi pelbagai bahasa, antaranya, Bahasa Perancis, Bahasa Tamil, Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Korea dan Bahasa Melayu. Tema ini dipilih berdasarkan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh UCYP berkaitan dengan isu Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (ESG) di peringkat lokal dan global. Antara Inisiatif yang telah dilaksanakan adalah Carbon Free-i-Square: A Step Towards a Greener Future dan UCYP Go Nature Fun Run 2022. Antara inisiatif lain,  dalam menggalakkan kesedaran tentang isu alam sekitar, UCYP turut menjadi pelopor kepada Pahang Environmental Research Centre (PERC), di mana ia berperanan sebagai antara pusat rujukan berkaitan isu alam sekitar di negeri Pahang. Rentetan itu, komitmen UCYP terhadap isu-isu ESG dipanjangkan menerusi Tri-Flexi Language Campaign ini, di mana para pelajar dari UCYP dan SMART telah menyampaikan hasil kefahaman mereka mengenai neutral karbon melalui pembentangan dalam pelbagai bahasa.

Sambutan yang menggalakkan terhadap Tri-Flexi Language Campaign UCYP dan SMART merupakan langkah awal yang ingin dibawa dalam mempromosikan kepelbagaian bahasa dalam kalangan pelajar. UCYP komited dalam memastikan kempen ini terus berkembang dan menjadi inspirasi kepada kepelbagaian program dengan unsur inovasi dan berkesan di masa hadapan. Semoga penganjuran kempen ini menjadi tonggak ke arah lebih banyak inisiatif positif yang akan memberikan manfaat kepada komuniti pelajar serta memperkukuhkan hubungan antara pelbagai budaya dan bahasa.

[vc_single_image image=”21221″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21224″ img_size=”full”]

Kiri: Tetamu jemputan Puan Norliza binti Ibrahim, Guru Penolong Kanan (Pentadbiran), SMART menyampaikan ucapan beliau.

Kanan:  Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Hj. Zainuddin, Naib Canselor UCYP turut berkongsi informasi penting berkaitan program yang dilaksanakan.

[vc_single_image image=”21227″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21230″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21233″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21236″ img_size=”full”]

Para peserta Tri-Square Talk dari SMART

[vc_single_image image=”21239″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21242″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21245″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21248″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21251″ img_size=”full”]

Para peserta Tri-Square Talk dari UCYP

[vc_single_image image=”21254″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21257″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21260″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21263″ img_size=”full”]

Selingan persembahan dari pelajar UCYP dan SMART, Kuantan

[vc_single_image image=”21266″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21269″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21272″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21275″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21278″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21281″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21284″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21287″ img_size=”full”]
[vc_single_image image=”21290″ img_size=”full”]

Sekitar program Tri-Flexi Language Campaign