UCYP sekali lagi membanggakan negara apabila telah melebarkan jenama pendidikan negara melalui kerjasama pendidikan akademik dan penyelidikan bersama empat (4) buah universiti ASEAN yang terdiri daripada Politeknik Negeri Malang, Indonesia, Universitas Negeri Medan, Indonesia, Universitas Bengkulu, Indonesia dan Universiti Petchaburi Rajabhat, Thailand.
Majlis menandatangani perjanjian memorandum persefahan ini telah diadakan di Kompleks Yayasan Pahang dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP YBhg. Tan Sri. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nor dan 200 tetamu dari kalangan ahli akademik dan pelajar UCYP. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd Nor and approximately 200 guests including UCYP academicians and students.
Pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) ini merupakan satu inisiatif UCYP bagi memantapkan lagi jaringan usahasama bersama universiti-universiti luar negara di samping dapat meningkatkan keberadaan jenamanya di peringkat antarabangsa serta menjadi sebuah universiti yang mampu memberikan impak yang besar dalam kerjasama antarabangsa melalui pendidikan, penyelidikan, persidangan serta penerbitan.
Tan Sri Dato’ Sri Noorul Ainur Mohd Nor in her speech, stated that UCYP is very proud of the collaboration with the ASEAN universities such as Indonesia and Thailand. Dalam ucapan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Noorul Ainur Mohd Nor, pihak UCYP sangat berbanggga dengan kerjasama daripada universiti-universiti dari negara ASEAN seperti Indonesia dan Thailand. MoU kali ini dapat memberikan satu garis panduan yang jelas dengan kerjasama dan komitmen demi memanfaatkan modal intelektual, kepakaran, sumber serta kapasiti dalam kemajuan visi dan strategi.
Justeru, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan & Hubungan Industri) UCYP, telah memainkan peranan untuk membina kerjasama antarabangsa di kalangan universiti dari negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand, Brunei, Singapura dan Filipina.
Melalui kerjasama yang dilakukan, UCYP akan mengetuai kerjasama penyelidikan dan penerbitan selain mengeratkan hubungan pendidikan dua hala melalui aktiviti mobiliti pelajar, pertukaran pensyarah serta penganjuran bengkel pendidikan di peringkat antarabangsa.
Selain itu, dengan kemudahan fasiliti yang lengkap dan pemilikan bangunan akademik baharu di Kampus Utama Tanjung Lumpur, serta kekuatan ahli akademik yang memiliki Ijazah Sarjana dan Kedoktoran menjadikan UCYP lebih bersedia untuk meneroka lebih banyak peluang kerjasama antarabangsa.
Dalam Majlis tersebut, UCYP juga menjadi tuan rumah pemimpin akademik Asia Tenggara pertama Forum 2019 yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan isu kemasyarakatan di negara Asia Tenggara dengan tema “pembangunan luar bandar yang mampan melalui inovasi pendidikan dan kemasyarakatan”.
Dalam forum itu juga, Naib Canselor UCYP, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainuddin turut membuat ucaptama di acara tersebut yang turut menyentuh tentang senario dan cabaran terkini tentang pembangunan luar bandar secara global.
Among the panelists involved in the forum were, Asst. Antara panel yang terlibat dalam mengupas tentang isu ini adalah ahli-ahli akademik seperti Assistant. Prof. Abdullah Helmy, Expert Staff di Pejabat Timbalan Pengarah (Koloberasi Antarabangsa), Politeknik Negeri Malang Indonesia , Dr. Syahrial, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Universitas Bengkulu Indonesia, Dr. Poonsiri Thipnate, Dekan Fakulti Sains & Teknologi, Petchburi Rajabhat University, Thailand dan Dr. Thatsanaphan Phaisannan Director of Language Competency Center And International Affairs Office, Phetchaburi Rajabhat University, Thailand serta Naib Presiden Jabatan Penjenamaan dan Komunikasi Korporat UCYP, Puan Suhaila Haji Mukhtar sebagai moderator.