UCYP terus cemerlang di peringkat antarabangsa dengan pencapaian memberangsangkan oleh Muhammad Luqmanul Hakim Johari, pelajar Sarjana Muda Seni Visual UCYP yang telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Emas dalam International Degree Design Exhibition 2023 (INDDEX). INDDEX 2023 telah diadakan di Universitas Widyatama, Bandung, Indonesia selama 3 hari iaitu dari 21 sehingga 23 Ogos 2023. Program ini melibatkan peserta daripada institusi pengajian tinggi yang merupakan sebahagian daripada Asia International Community of Art & Design yang terdiri daripada 9 negara anggota dan 20 rakan kolaborasi. Pencapaian Luqmanul Hakim yang mendapat tempat pertama daripada tujuh pemenang pingat emas ini merupakan satu kejayaan yang menjadi kebanggaan seluruh warga UCYP.

Luqmanul Hakim telah diiringi pensyarah Fakulti Rekabentuk dan Komputeran, Encik Mohd Pirdaus bin Mat Husain dan Encik Muhammad Helmi bin Muhammad Khir sepanjang INDDEX 2023 berlangsung di Bandung, Indonesia. Di bawah tema From Designer To Future Designpreneur yang menekankan gabungan bakat seni dan keusahawanan, Luqmanul Hakim telah membawa projek “The Impact of Marketing Videos on the Growth of Small and Medium Enterprises (SME) Business: Kopiku“. Kreativiti serta keunikan projek Luqmanul Hakim menjadi penyebab utama beliau berjaya mengatasi peserta lain untuk merebut tempat pertama dalam anugerah yang kompetitif ini.

Selain itu, turut hadir ialah Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Haji Zainudin, Naib Canselor UCYP, selaku tetamu jemputan khas untuk memberi ucaptama mengenai kertas kerja beliau yang bertajuk “π˜Ύπ™§π™šπ™–π™©π™žπ™«π™š π™Žπ™€π™‘π™ͺπ™©π™žπ™€π™£ 𝙛𝙀𝙧 π™©π™π™š 𝙁π™ͺ𝙩π™ͺπ™§π™š 𝙀𝙖𝙧𝙩𝙝”. Jemputan kepada Naib Canselor UCYP ini adalah pengiktirafan terhadap pengalaman luas beliau dalam hubungan dinamik antara kreativiti dan inovasi dalam komunikasi visual.

Kejayaan UCYP dalam INDDEX 2023 adalah bukti bahawa usaha dan kompetensi akademik akan membuahkan hasil yang bermakna. Kejayaan ini tidak hanya meningkatkan reputasi UCYP sebagai institusi pendidikan tinggi yang unggul dalam bidang seni visual, tetapi juga mewakili sumbangan terhadap perkembangan seni dan kreativiti di peringkat antarabangsa. Tidak lupa juga, segala usaha titik peluh barisan pendidik UCYP yang membimbing pelajar sehingga mencapai hasil yang luar biasa.

Tahniah yang tidak terhingga UCYP ucapkan kepada Muhammad Luqmanul Hakim Johari atas kejayaan yang membanggakan ini. Kejayaan ini bukan sahaja suatu pencapaian peribadi, tetapi juga menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk semua pelajar UCYP yang berhasrat untuk melangkah ke hadapan dalam dunia seni visual serta inovasi.

[vc_single_image image=”21590″ img_size=”full”]

Muhammad Luqmanul Hakim Johari, pelajar Sarjana Muda Seni Visual yang telah memenangi Anugerah Emas dalam INDDEX 2023

[vc_single_image image=”21593″ img_size=”full”]

Luqmanul ketika menerima Gold Award Winner